Period awal selepas kelahiran
Hi Doc
Saya telah melahirkan bayi yg kini berusia 2bulan+ Dan saya menyusukan anak secara ekslusif. Dan saya telah pun mendapat period pertama selepas melahirkan. Adakah normal untuk mendapat period seawal ini. Kebanyakan info yg saya dapat melalui carian internet menyatakan bagi ibu yg menyusu secara ekslusif, period selepas antara 4-10 bulan atau lebih.
Terima kasih















ya. ada sesetengah ibu yang mendapat haid awal walaupun menyusu badan penuh. ia adalah normal. oleh yang demikian, puan tidak boleh menggunakan lactation amenorrhea method sebagai cara merancang, kerana puan telah pun mengalami ovulasi dan ada potensi untuk hamil. dinasihatkan puan berjumpa dr untuk mengetahui cara merancang keluarga yang sesuai untuk puan.