🔥 Diskusi Terhangat

Masalah dengan suami, sedang hamil 7 bulan

Assalamualaikum semua,


Saya ingin mengadu kepada semua tentang masalah yang saya alami bersama suami. Saya berkahwin muda ketika berusia 20 tahun. Ketika itu, suami saya berumur 21 tahun dan bekerja sebagai driver grab.


Sepanjang waktu kehamilan saya, saya rasa sangat sedih dan tertekan kerana suami jarang sekali menghabiskan masa dengan saya. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia terlalu sibuk mencedok order grab sepanjang hari dengan alasan kami perlukan duit lebih untuk menanggung bayi dalam kandungan.


Saya sedar pengorbanan suami sangat besar. Tapi, saya juga merupakan manusia biasa. Saya nak meluangkan masa dengan suami sama seperti orang lain. Saya pernah nasihatkan suami untuk tidak bekerja pada waktu cuti tetapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia lagi rela keluar dan tinggalkan saya yang sedang berbadan dua ini seorang diri di rumah tanpa peneman.


Kadang-kadang saya rasa sedih sangat apabila terkenangkan nasib saya yang ditinggal berseorangan ini. Kadang-kadang, husband balik pukul 10-11 malam dan terus tidur. Pagi pun pukul 8 pagi sudah keluar rumah. Jauh dalam hati, saya tahu saya tak perlu terasa hati sebab suami saya bekerja sangat keras untuk memastikan saya dapat melahirkan anak dengan selesa.


Tapi, saya kadang2 rasa risau. Saya takut suami saya sebenarnya keluar dengan orang lain, atau sumpamanya. Ibu-ibu lain macam mana ya? Ada kawan-kawan yang nasihat saya supaya tak mudah mengikut perasaan. Bawaan hamil katanya. Mak-mak yang mengandung ni selalunya moody... tapi itulah. Boleh tak berikan saya kata-kata semangat???

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
40

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa