Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiMakanan yang perlu dielakkan semasa hamil
Walaupun ibu hamil digalakkan untuk mendapatkan nutrien daripada pelbagai makanan, namun terdapat makanan tertentu yang perlu anda hadkan atau elakkan kerana ia mungkin mengandungi toksin dan bakteria yang akan menyebabkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan bayi. Sebagai ibu kita hanya mahukan yang terbaik untuk anak kita, jadi marilah kita lihat apakah makanan yang kita perlu mengehadkan atau mengelakkan semasa mengandung.
1) Makanan laut yang tinggi dalam merkuri
Makanan laut adalah sumber protein dan zat besi yang baik, dan asid lemak omega-3 dalam kebanyakan ikan menggalakkan perkembangan otak janin. Namun, sesetengah makanan laut mengandungi paras merkuri tinggi yang berpotensi merosakkan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Ikan ini termasuk ikan todak, jerung, king mackerel dan tilefish. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), wanita hamil boleh mengambil sebanyak 340g makanan laut dengan selamat dalam seminggu. Ini bersamaan dengan dua porsi saiz medium atau tiga porsi saiz kecil udang, salmon, pollock, ikan kod atau tuna ringan dalam tin.
2) Daging, ayam dan telur yang mentah
Hamil atau tak, makanan yang mentah mungkin mengandungi bakteria yang bahaya yang akan menyebabkan keracunan makanan. Bagi wanita yang hamil mereka perlu lebih berwaspada kerana kehamilan menyebabkan perubahan dalam sistem imun anda, jadi anda lebih bermungkinan terdedah dalam menghadapi keracunan makanan serta komplikasi yang lain berbanding daripada individu yang tidak hamil. Untuk mengelakkan sebarang komplikasi dan keracunan makanan, anda perlu memastikan bahawa semua daging dan ayam dimasak sepenuhnya sebelum memakannya. Anda juga boleh mengunakan termometer untuk memastikan daging dimasak sepenuhnya. Jika anda makan stik, suhu dalaman mestilah mencapai sekurang-kurangnya 70 °C. Telur mentah juga banyak berpeluang tercemar dengan bakteria salmonella. Ibu hamil perlu elakkan makanan yang dibuat dengan telur mentah atau separuh masak seperti telur separuh masak, poached egg, telur hancur (soft scramble egg) dan telur benedict. Ia juga adalah dinasihatkan bagi ibu hamil untuk mengelakkan ikan mentah dan kerang, seperti tiram dan kerang.
3) Daging proses
Semasa daging diproseskan, daging yang diproses seperti daging deli yang dihiris dan hotdog mungkin akan tercemar dengan bakteria dan boleh menjadi sumber penyakit bawaan makanan yang serius iaitu listeriosis. Walaupun ia jarang, tetapi ia dinasihatkan untuk ibu hamil untuk mengehadkan pengambilan daging proses. Kalau nak makan, pastikan hot dog dan daging proses telah dimasak sepenuhnya sebelum dihidangkan.
4) Makanan yang tidak dipasteurisasi
Ibu ibu perlu mengelakkan produk dan makanan yang mengandungi susu yang tidak dipasteurkan (unpasteurized milk) kerana produk tersebut boleh mengakibatkan penyakit bawaan makanan. Ibu juga perlu berwaspada ketika mengambil produk keju, keju lembut seperti keju biru dan feta perlulah dielakkan kerana mereka bermungkinan mengandungi bakteria listeria. Listeriosis boleh menyebabkan keguguran, lahir mati, atau menjejaskan kesihatan bayi anda yang baru lahir. Selain itu, ibu hamil juga digalakkan untuk mengelakkan minuman jus yang tidak dipasteurisasi.
5) Minuman dan makanan yang berkafein
Walaupun ibu hamil masih boleh minum minuman yang berkafein, namun mereka digalakkan untuk mengehadkan pengambilan kafein semasa kehamilan. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan minuman berkafein secara sederhana iaitu tidak melebihi 200 miligram (mg) (kira-kira jumlah yang terdapat dalam satu hingga dua cawan kopi) - secara amnya tidak mempunyai kesan berbahaya kepada ibu atau bayi. Walau bagaimanapun, risiko ternampak meningkat dengan peningkatan jumlah kafein yang diambil setiap hari, di mana berat lahir rendah bayi akan meningkat bagi mereka yang minum terlalu banyak kafein. Jumlah kafein ini bukan sahaja terhad kepada kopi. Teh, minuman berkarbonat, koko dan coklat juga merupakan minuman yang mengandungi kafein, jadi wanita hamil perlu ambil perhatian apabila minum minuman tersebut dan mengambil kira minuman tersebut ke dalam pengambilan kafein setiap hari.
6) Teh, tonik dan ubat herba
FDA menggesa wanita hamil untuk elakkan sebarang produk herba tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu. Herba mungkin mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, pengecutan rahim atau kecederaan pada janin. Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengukur kesan pelbagai herba terhadap wanita hamil atau janin.Terdapat satu kajian mendapati bahawa ibu hamil yang meminum tonik herba secara berterusan telah mengakibatkan bayinya mengalami sindrom alkohol janin (FAS) dan pertumbuhan yang terencat. Pengunaan ubat herba semasa trimester pertama dan trimester ketiga juga adalah tidak digalakkan kerana sesetengah herba mungkin akan menjejaskan keselamatan janin. Wanita hamil perlu berbincang dengan pakar kesihatan sebelum mengambil sebarang ubat herba. Jumlah penyelidikan mengenai keselamatan teh herba adalah terhad dan tidak muktamad, jadi ibu perlu lebih berwaspada ketika mengambil produk produk tersebut.
Ingat ibu ibu, elakkan makanan yang mentah biarkan ia salad ke sashimi stik sedeharna ke atau sushi. Makanan yang mentah mengandungi bakteria seperti listeria dan salmonella dan akan mengancam kesihatan bayi anda. Jadi memastikan semua makanan dimasak sepenuhnya dan membeli termometer makanan untuk mengesan suhu dalaman terutamanya daging dan ayam.
Disediakan oleh: Sylvia Ho (pakar pemakanan)
Sumber
Wick, M. J. (2018). Mayo Clinic guide to a healthy pregnancy. Rosetta Books.
0 komen
Terkini