luka jahitan bernanah
saya dah bersalin 24hari . tapi luka jahitan saya masih belum baik . darah nifas dah takde cuma terdapat gel warna kuning seperti nanah dan buatkan saya rasa sakit nak buang air kecil . dan rasa macam ada luka dibahagian saluran kencing . macam mana ya doktor ?
Sakit semasa buang air kencing adalah kerana jangkitan kuman pada pundi kencing. Dinasihatkan puan berjumpa doktor untuk siasatan dan rawatan lanjut. Sakit di bahagian luka selepas bersalin kadang-kal mengambil masa yang lama untuk hilang. Walau bagaimanapun kebiasaanya luka akan sembuh selepas 2 minggu. Sekiranya terdapat nanah atau luka terkoyak, disarankan untuk berjumpa doktor untuk rawatan. Terima kasih