🔥 Diskusi Terhangat

LEWAT PERIOD TEST UPT -VE

Hi semua, saya berumur 34thun dan sudah berkahwin mempunyai 4 org cahaya mata. sy mempunyai masaalah lewat period. period sy dtg setiap bulan tapi dgn cycle yg tak menentu. ada 24hri cycle, ada 28hri cycle.


bulan march 2024, sy dtg period pada 2 march dan ia berlangsung selama 5-7 hari. hari k2 6/7 hanya lendir coklat..darah dah tak heavy. sy menggunakan apps kalendar di henfon dan telah sy gunakan selama 3thun.


ikutkan period sy seterusnya adalah pada 29 march mengikut kalendar apps. tetapi sehingga hari ini 4 april period sy masih belum dtg..ikutkan dah hari ke7 lewat. semasa hari ke4 lewat, saya ada korek dlam faraj dan ada tanda lendir darah dan darah melekat di jari sy.berwarna coklat gelap tetapi period ttp tak keluar..selalunya, jika saya lewat dan saya korek dlm faraj ada tanda lendir tidak berapa hari kemudian sy akan dtg period.


hari ketujuh pagi tadi saya ada buat test prgnt, keputusan adalah -ve. sy ada bersama suami cumanya pada awal persetubuhan berlaku suami tidak akan memakai kondom, bila dah bersama sekejap baru suami akan pakai kondom. adakah kemungkinan sy pregnant?


sy juga tidak mengalami simptom pregnant. tlg berikan pencerahan. sy risau ada penyakit lain.

1
1 komen

1 komen

Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.


Berdasarkan maklumat yang diberikan, kehamilan masih mungkin walaupun ujian kehamilan (UPT) menunjukkan negatif.


Ujian kehamilan mungkin tidak sensitif pada tahap awal kehamilan atau mungkin perlu diulang beberapa hari kemudian untuk mendapatkan hasil yang lebih tepat.


Selain itu, kelewatan haid atau period yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tekanan, perubahan berat badan, masalah hormon, atau masalah kesihatan lain.


Jika anda mengalami kelewatan haid yang berterusan atau mengalami gejala lain yang mencurigakan, disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Adalah penting untuk memantau kesihatan anda dengan teliti dan tidak terlalu bimbang tanpa sebab.


Jika anda mempunyai kebimbangan tentang kesihatan anda atau memerlukan penjelasan lanjut, adalah lebih baik untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang tepat.

1 bulan yang lepas
Suka
Feedback
1
warningDisclaimer: The content is furnished relying on authenticated information sources.
Related content
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa