Lewat haid
Assalamualaikum hello doktor saya ingin menganjurkan satu soalan...
Saya dah try buat pregnant test tapi naik 1 Line je maknanya negatif tetapi haidnya xdatang² jadi MCM mana saya nk tahu saya mengandung atau penyakit lain tu doktor??
Harap doktor jawab soalan yg saya ajukan untuk doktor
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca haid lewat atau haid tidak datang selain kehamilan. Antaranya adalah perubahan aktiviti harian yang sibuk, perubahan berat badan mendadak, kesan sampingan ubat-ubatan seperti pengambilan kontraseptif dan lain-lain. Untuk mengenal pasti punca haid lewat anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut dan rawatan jika perlu. Terima kasih.