lendir darah semasa kencing pada tarikh sepatutnya period
Hai doc, ikutkan anggaran, saya sepatutnya period pada 7/7. Tetapi pada 5/7(petang) saya dapati ada sedikit lendir darah pada panties saya. Tetapi tiada sebarang pendarahan seperti period pada 5/7. Sehinggalah 6/7 (subuh) saya dapati ada 2 3 darah menitik sebelum saya kencing. tetapi tiada juga pendarahan sd, tetapi pada malam hari, saya dapati ada sedikit lendir darah semasa kencing. kemudian pada 8/7 malam saya dapati ada juga lendir merah semasa kencing.
Period saya setiap bulan boleh dikatakan agak teratur dan saya tidak pernah mengalami situasi seperti ini.
Persoalan saya, adakah ini lendir darah period atau darah implantasi? Saya agak musykil kerana kebanyakan artikel yang saya baca, darah implantasi hanya 1-2 hari sahaja.