Lama tidak hubungan badan
Doktor sya dah dekat 5tahun selepas bersalin oprate so tidak ada hubungan badan.. so sekarang saya sudah ada pasangan cuma masalah bila bersama ada keluar sedikit darah jernih merah adakah luka atau apa doktor
Doktor sya dah dekat 5tahun selepas bersalin oprate so tidak ada hubungan badan.. so sekarang saya sudah ada pasangan cuma masalah bila bersama ada keluar sedikit darah jernih merah adakah luka atau apa doktor
1 komen
Terkini
Anda kini sudah boleh turut serta dengan membuat kiriman, mengomen dan mengundi.
Dapatkan nasihat daripada Doktor, Pakar dan Duta Komuniti
Kongsikan pengalaman anda dengan orang lain yang perlu nasihat
Aktifkan diri dan jadi Duta Komuniti dengan kutip mata.
Antara punca yang mungkin termasuk kekeringan faraj atau kecederaan pada faraj, terutamanya jika anda sudah lama tidak aktif secara seksual. Kekeringan boleh menyebabkan geseran dan luka kecil yang mengakibatkan pendarahan. Selain itu, jangkitan pada alat sulit juga boleh menjadi penyebab. Dalam beberapa kes, pendarahan selepas hubungan intim juga boleh menandakan masalah lain seperti polip serviks atau keadaan lain yang berkaitan dengan alat sulit. Oleh itu, adalah sangat disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar sakit puan (Obstetrics and Gynecology) untuk mendapatkan pemeriksaan yang menyeluruh. Doktor akan dapat mengenal pasti punca sebenar pendarahan tersebut dan memberikan rawatan yang sesuai. Jangan biarkan keadaan ini berlarutan tanpa pemeriksaan.
Topik berkaitan