🔥 Diskusi Terhangat

Kenangan hamil ketika berpuasa

Salah satu pengalaman berpuasa yang tidak boleh saya lupakan adalah ketika saya mengandungkan anak ke-3. Disebabkan anak mungkin lahir pada Hari Raya, saya mengambil keputusan untuk tidak berpuasa. Rasa sedih sebab kena ganti sebulan puasa, tapi semuanya untuk keselamatan diri dan juga anak dalam kandungan. Lebih mengharukan, anak saya dilahirkan pada Hari Raya ke-2, saya namakannya sebagai Haris yang bermaksud pelindung. Moga Allah rahmati keluarga kecil kami... Amin...


#HDrayagiveaway

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
5

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa