🔥 Diskusi Terhangat

Kehamilan

hello doctor, saya berumur 19 tahun. dua hari lepas saya sudah membuat pregnancy test dan menunjukkan negatif. tetapi di bahagian perut saya di pusat, saya dapat merasakan bunyi seakan nadi apabila saya menekan perut saya. apakah tanda nya doctor? saya ingin mencegah dari kehamilan. tolong saya doctor

0
2 komen

2 komen

Sebaiknya adik berjumpa dengan doktor di klinik terlebih dahulu untuk mengetahui punca sebenar. Kerana masalah dalam perut boleh berpunca daripada pelbagai penyakit atau sebab. Doktor boleh memberikan rawatan lanjut untuk mengelakkan komplikasi.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
1

Hi adik,


Jika adik tidak pernah melakukan hubungan seks, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Namun, jika adik pernah melakukan seks yang tidak selamat, tanpa menggunakan perlindungan, jumpa doktor secepat mungkin untuk pemeriksaan lanjut.


Ujian kehamilan paling tepat jika diambil selepas seminggu tidak datang period. Jika anda tidak boleh tunggu lama-lama, lakukan ujian 2 minggu selepas melakukan hubungan seks.


Penggunaan kondom merupakan cara paling selamat untuk mengelakkan penyakit kelamin (STI) dan juga kehamilan yang tidak diingini. Malah, pull out method juga bukanlah 100% selamat dan masih boleh menyebabkan kehamilan.


Namun, ada banyak lagi punca lain yang boleh menyebabkan sakit perut. Antaranya ialah sembelit atau keracunan makanan. Adik boleh baca mengenainya di sini.


Apa-apapun, jumpalah doktor secepat mungkin untuk mengenal pasti apakah punca sebenar sakit perut yang adik alami.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
1
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa