Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiJantung bayi tidak berdegup
Assalamualaikum dr. Saya telah ke klinik untuk membuat scan dan mendapati usia kandungan saya telah masuk 7 minggu dan ada degupan jantung namun ada blood clot. Dinasihati untuk ke klinik pakar. Setelah pergi ke klinik pakar. Dr pakar tersebut mendapati bahawa blood clot saya telah hilang tetapi jantung kandungan saya tidak berdegup dan dr minta datang balik untuk scan dua minggu akan datang. Jika tidak berdegup maka dikira gugur. Adakah tidak mustahil sekiranya jantung kandungan saya boleh kembali berdegup? ataupun saya tidak perlu tunggu sebegitu lama untuk pergi ke hospital untuk cuci rahim.
1 komen
Terkini
Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Keputusan untuk menunggu sehingga 2 minggu pasti disokong oleh fakta dan turut mengambil kira slot untuk melakukan scan. Jangan khuatir, doktor pakar anda sedang melakukan yang terbaik. Walaupun tidak mustahil jantung bayi anda boleh kembali berdegup, namun peluangnya agak rendah.