🔥 Diskusi Terhangat

Isteri hilang selera makan

Hai,saya ingin bertanya tentang isteri saya yang hilang selera makan ketika hamil. Sekarang kandungan berusia 15minggu dan isteri hilang selera makan kerana sering berasa mual dan loya setelah mengambil sebarang makanan. Apa yang perlu saya lakukan?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
21
2

2 komen

Boleh cuba makan oren utk hilangkan loyak. Ataupun bau pun boleh. Sentiasa pegang oren tu dan bau

1 tahun yang lepas
Suka
Balas

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.

Untuk makluman tuan, gejala mual dan loya adalah biasa berlaku dalam kalangan wanita hamil terutamanya pada awal kehamilan. Jika muntah dan loya kerap berlaku sehingga menjejaskan pengambilan air, makanan dan menjejaskan berat badan dan kesihatan, anda dinasihatkan untuk membawa isteri anda ke klinik atau hospital.

Selain itu, tuan boleh bantu isteri mangambil makanan secara sedikit tetapi kerap agar keperluan nutrientnya terjaga. Selain itu, boleh elakkan makanan yang berbau kuat pada masa ini. Harap tips ini membantu. Terima kasih.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa