Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiHamil atau tak?
Saya dah hampir 2 bulan bernikah . Ada kemungkinan saya hamil tak? Sebab saya tengok perut saya makin besar macam orang kenyang selepas makan . Terkadang sakit kepala , terkadang rasa mual . Saya pernah sakit di punggung kiri dan kanan . Nak buat upt tapi takut kecewa . Apa tanda awal kehamilan ya? Sekitar payudara masih belum rasa sensitif lagi buat masa ni tapi tanda tanda di atas pedih ulu hati dan kerap kencing saya dah lalui . Last period 16/12 itu pun lambat datang sepatutnya 5hb dah datang , setiap bulan 5hb dah datang cuma bulan 12 je lambat .
1 komen
Terkini
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami tidak spesifik bagi kehamilan sahaja. Terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan gejala-gejala tersebut.
Namun begitu, anda disarankan untuk melakukan ujian upt bagi pengesahan sekiranya anda mengesyaki diri anda hamil.
Anda juga boleh merujuk artikel ini untuk mengetahui tanda-tanda awal kehamilan. https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/cabaran/tanda-hamil-1-minggu/.
Sila rujuk doktor sekiranya gejala anda berlarutan atau semakin teruk. Terima kasih.
hellodoktor.com