🔥 Diskusi Terhangat

kehamilan

saya tidak pernah melalukan hubungan seks bersama pasangan saya, tetapi pasangan saya pernah memasukkan jarinya ke kemaluan saya selepas dia beronani, ketika pasangan saya melakukan perbuatan tersebut, jarinya sudah dalam keadaan yang kering. adakah saya akan hamil atau boleh hamil jika begitu? tolong saya doktor. saya ingin mencegah dari hamil.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
5
2

2 komen

Hi adik,


Jika adik tidak pernah melakukan hubungan seks, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Walau bagaimanapun, elakkan melakukan sebarang sentuhan, terutamanya dari kemaluan ke kemaluan untuk mengelakkan sebarang kehamilan.


Cara yang terbaik untuk elakkan kehamilan adalah dengan tidak melakukan seks langsung (abstinence). Jika adik masih belum berkahwin, elakkan melakukan sebarang hubungan seks sebelum nikah.


Selain itu, gunakan kondom untuk elakkan kehamilan yang tidak diingini. Penggunaan kondom juga dapat mengelakkan STI (penyakit kelamin).


Berbincanglah dengan pasangan mengenai keengganan anda untuk melakukan seks sebelum nikah. Ada banyak keburukan seks sebelum nikah, terutamanya untuk remaja atau awal dewasa. Pada waktu ini, badan wanita sangat subur dan sedang berada dalam tempoh paling sesuai untuk hamil.




2 tahun yang lepas
Suka
Balas
1

Hi Qma,


Bagi menjawab persoalan anda, kami pernah kongsikan mengenai perkara ini dahulu. Antara ya atau tidak, ia bergantung pada situasi yang terjadi dalam point ke-2 atau yang ke-3 dalam artikel ini: https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/cabaran/bolehkah-hamil-tanpa-pancut-dalam/

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa