Haid lambat
Saya baru melahirkan bulan 1, first period saya lepas melahirkan adalah pada 4/3. Sekarang period bulan 4 dah lewat seminggu, kenapa ye ? Adakah berkemungkinan saya mengandung lagi ?
Saya baru melahirkan bulan 1, first period saya lepas melahirkan adalah pada 4/3. Sekarang period bulan 4 dah lewat seminggu, kenapa ye ? Adakah berkemungkinan saya mengandung lagi ?
6 komen
Terkini
Anda kini sudah boleh turut serta dengan membuat kiriman, mengomen dan mengundi.
Dapatkan nasihat daripada Doktor, Pakar dan Duta Komuniti
Kongsikan pengalaman anda dengan orang lain yang perlu nasihat
Aktifkan diri dan jadi Duta Komuniti dengan kutip mata.
hello saya nak tanya, saya dah lewat seminggu, dah buat test semua keputusan negatif, tpi hari nie saya rasa cramps dan mula pendarahan yang cair seperti air, adakah haid saya, atau mngkin keguguran?
Samalaa sis..lepas bersalin anak kedua ni tempoh period saya 4/5 hari lepastu darah yg banyak takda tanda coklat2 pun terus keluar darah fresh banjir bilik air..lepastu bulan ke 4 period lewat seminggu dah takut jugak ni terpreg**** 🥲 ada ke pengalaman mcm saya ?
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca haid lewat selain kehamilan.
Antara punca haid lewat adalah tekanan, perubahan berat badan mendadak, pengambilan perancang keluarga seperti suntikan atau pill, perubahan aktiviti harian seperti terlalu aktif atau banyak bersenam.
Sekiranya anda mengesyaki hamil, sila lakukan ujian kehamilan. Sekiranya tidak hamil dan haid masih tidak datang, sila rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut. Terima kasih.