Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiGejala Trimester kedua
Assalamualaikum dan Salam sejahtera doktor. Sy hamil 20minggu dan masih mengalami gejala seperti trimester pertama. Adakah ianya normal. Kedua saya juga mengalami sakit pinggang di sebelah kanan akibat saya terseliuh 2 hari lepas dan Sehingga sekarang sakit tu masih berlarutan. Saya telah pergi ke klinik kesihatan dan klinik swasta dan bayi dalam keadaan baik n sihat tetapi keadaan saya masih sama walaupun telah mengambil ubat sapu untuk meredakan sakit pinggang. Bolehkah saya pergi berurut untuk masalah ini?
1 komen
Terkini
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Untuk makluman anda, anda tidak disarankan untuk pergi melakukan sebarang urutan atau apa apa rawatan lain semasa hamil tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Ini adalah untuk memastikan kesihatan dan keselamatan anda dan kandungan. Terima kasih.