Gbs positif
Ade tak mom ii yg ade gbs positif time pregnant? Ape yg perlu buat yea . Saya risau..
Ade tak mom ii yg ade gbs positif time pregnant? Ape yg perlu buat yea . Saya risau..
1 komen
Terkini
Anda kini sudah boleh turut serta dengan membuat kiriman, mengomen dan mengundi.
Dapatkan nasihat daripada Doktor, Pakar dan Duta Komuniti
Kongsikan pengalaman anda dengan orang lain yang perlu nasihat
Aktifkan diri dan jadi Duta Komuniti dengan kutip mata.
Salam PuanNurul azlina
Terima Kasih atas soalan Puan mengenai jangkitan GBS. Untuk makluman Puan,
1.GBS atau Group B Streptcoccus adalah bakteria biasa yang ditemui dalam rectum, sistem pencernaan dan salur kencing bagi lelaki dan wanita. Ia juga boleh ditemui dalam bahagian faraj wanita.
2.GBS tidak membahayakan orang dewasa tetapi ia boleh menyebabkan
infeksi yang serius terhadap bayi yang baru dilahirkan. Lebih kurang 25% wanita hamil adalah pembawa GBS meskipun mereka tidak menampirkan sebarang symptom.
3.Pemeriksaan untuk GBS adalah biasa semasa tempoh kehamilan.
Ia melibatkan pemeriksaan faraj dan rectum dan dilakukan ketika kandungan
berusia antara 36 dan 37 minggu.
Sila rujuk pakar sakit puan untuk mendapatkan maklumat terperinci untuk situasi Puan.
Untuk informasi lanjut mengenai jangkitan GBS, sila tekan link di bawah. Terima Kasih.
Bayi Baru Lahir Maut Kerana Jangkitan Group B Streptococcus, Ibu Ambil Tahu Tanda BAHAYA Ini!
hellodoktor.com