Gatal macam ruam di bhagian leher
Salam. Saya ada kegatalan dekat leher yang teruk juga. Ada masa dia akan reda sendiri tapi lepas tu dia datang balik. Saya tak terfikir ini pembawaan baby tpi mungkin juga. Saya tak pernah ada masalah kulit sebelum ini. Adakah ini sebab saya pregnant? Saya dah 13 minggu hamil. second baby. umur saya 31 sdh.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala gatal kulit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti gigitan serangga, alahan dan lain-lain. Jika gejala ini berulang, sila rujuk kepada doktor agar rawatan yang selamat untuk anda dan kandungan boleh diberikan. Terima kasih.