🔥 Diskusi Terhangat

emergency pills

last period sy 7/3/23. bulan 4 ni sy lambat period 3 hari. sy beli upt dn resultnya +ve. sy terus ke klinik untuk scan. tapi masa scan tkde apa2 kantung dan janin. doktor cakap mungkin sbb baru lagi. jadi, balik dari klinik sy terus ke farmasi beli pills ella dan makan pills tersebut. soalan sy adakah ubat tu berkesan atau tidak ? sbb sy tk bersedia lagi nak ada anak no.2. mohon doktor jawab soalan sy. terima kasih.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
18
1

1 komen

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.


Untuk makluman anda, pill emergency atau pill perancang kecemasan berfungsi menghalang kehamilan selepas hubungan seksual tanpa perlindungan dan perlu diambil dalam masa sekurang-kurangnya 72 jam selepas hubungan seksual. Keberkesanan pil ini berkurangan semakin lewat ia diambil.


Jika telah hamil, pil ini tidak berfungsi untuk mencegah kehamilan yang telah berlaku. Saya berharap penerangan ini membantu puan.


Berkenaan tidak bersedia untuk hamil, sila bincang dengan keluarga atau dapatkan nasihat doktor atau kaunselling jika perlu, Terima kasih.





1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa