🔥 Diskusi Terhangat

Diet prakonsepsi

Mengikuti diet yang sihat sebelum anda hamil boleh membantu meningkatkan kesuburan anda, mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan juga mengurangkan peluang anda mengalami preeklampsia semasa kehamilan. Anda boleh mula membuat perubahan yang sihat 3 bulan hingga setahun sebelum anda hamil.


Mengapa penjagaan dan pemakanan prakonsepsi penting?


• Kesihatan wanita semasa usia reproduktifnya mempengaruhi kesejahteraan keseluruhannya.


• Kesihatan wanita secara langsung mungkin akan mempengaruhi kesejahteraan anaknya


• Wanita yang mempunyai berat badan yang normal semasa kehamilan mempunyai risiko yang lebih rendah dalam menghidapi penyakit kronik bagi ibu dan anak.


• Wanita yang mempunyai berat badan yang melebihi semasa kehamilan berisiko tinggi untuk mengalami masalah obesiti, penyakit kronik (termasuk diabetes), dan berisiko mengalami kemurungan selepas bersalin.


•Bayi yang mempunyai berat lahir yang rendah atau tinggi semasa kelahiran berisiko mendapat penyakit kronik dan obesiti sepanjang hayat.



Nutrien penting semasa prakonsepsi (preconception)


#1 Asid folik dan folat


Vitamin B merupakan salah satu nutrien terpenting yang anda perlu dapatkan sebelum (dan semasa) kehamilan. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), wanita dalam usia reproduktif harus mengambil 400 mikrogram (mcg) setiap hari untuk membantu mencegah spina bifida (masalah tiub saraf) dan anencephaly. Anda harus memastikan vitamin pranatal anda mengandungi 400 hingga 600 mcg folat atau asid folik.


Anda juga boleh mendapatkan folat dan asid folik dalam makanan seperti:


  • Sayuran hijau berdaun seperti bayam, brokoli, bok choy, swiss chard dan kale
  • Bijirin diperkaya dengan asid folik
  • Kekacang


#2 Kalsium


Kalsium juga merupakan antara nutrien yang diperlukan untuk konsepsi, sistem pembiakan yang sihat, dan kelahiran bayi yang sihat. Ibu harus memastikan bahawa simpanan kalsium mereka mencukupi untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat semasa mengandung untuk kesihatan dan perkembangan gigi dan tulang bayi anda pada masa hadapan. Pengambilan kalsium yang rendah boleh menyebabkan preeklampsia semasa kehamilan.



#3 Zat besi


Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong tumbesaran janin. Badan anda akan memerlukan lebih banyak zat besi untuk membuat lebih banyak darah untuk membekalkan oksigen kepada bayi anda. Jika anda tidak mempunyai simpanan zat besi yang mencukupi atau mendapat zat besi yang mencukupi semasa hamil, anda mungkin akan mengalami anemia kekurangan zat besi.


Sumber zat besi termasuk:


Bijirin sarapan yang diperkaya, daging tanpa lemak dan bayam


#4 Serat


Menambah karbohidrat yang lebih kompleks yang lebih kaya dalam serat ke dalam diet membolehkan anda kekal kenyang buat tempoh yang lebih lama. Selain itu, jika anda merancang untuk hamil, meningkatkan pengambilan serat juga boleh mengurangkan risiko anda mendapat masalah kencing manis dan preeklampsia semasa hamil.



Disediakan oleh: Sylvia Ho (Pakar Pemakanan)


Sumber:

Stanford Medicine Children's health. Stanford Medicine Children's Health - Lucile Packard Children's Hospital Stanford. Retrieved January 26, 2023


Preconception nutrition. American Pregnancy Association. Retrieved January 26, 2023

Diet prakonsepsiDiet prakonsepsi
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
10
2

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa