🔥 Diskusi Terhangat

Demam lenguh kaki sakit kepala

Hi Dr, nak tanya saya ni demam harini dah nak masuk 3 hari, tapi panas nya dah kebah, cuma ada sisa batuk kahak selsema hidung berair. Tadi saya makan dan muntah dan dah 2 kali saya cirit birit. Saya dah makan antibiotik untuk bunuh bakteria, sebab saya ada sakit tekak juga. Tekak saya pun kembali pulih.


sekarang ni tinggal batuk berkahak, sakit kepala, lenguh badan dan selsema hidung berair. Dan ruam panas bintik2 merah tu keluar lepas demam kebah.. Boleh saya tahu agak2 apa punca ya? Saya tak larat sangat sekarang. Apa ingredient ubat yang perlu saya makan? Harap boleh jawab.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
451
1
1

1 komen

Hi, ada banyak kemungkinan penyakit yang boleh berlaku berdasarkan simptom-simptom di atas antaranya, demam denggi akibat jangkitan virus bawaan nyamuk.


Pengambilan ubatan antibiotik itu pula hanya berkesan untuk membunuh infeksi bakteria tetapi tidak berupaya melawan infeksi virus.


Maka, segera ke klinik atau hospital kerana ada risiko untuk anda mengalami jangkitan virus atau sebarang kondisi berbahaya yang lain.

10 bulan yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa