Datang haid kembali selepas berhenti selama dua hari

Saya baru genap 39 tahun pada bulan ini. Saya datang haid setiap bulan, dan tidak pernah pun lewat datang haid.. Berhenti dan bersih dari haid disetiap bulan antara hari kelapan hingga kesembilan hari.. Namun bulan ini, haid saya agak merisaukan, dimana saya sudah berhenti datang haid selama dua hari iaitu hari ke sebelas namun kembali muncul semula di hari ke 14 dan keluarnya seperti haid biasa pada umumnya. Saya juga tidak merasa sakit perut, atau apa² s macam bentuk kesakitan, cuma hati saya yang merasa risau dan bimbang, sebab ini kali pertama saya mengalami hal ini.

Untuk pengetahuan doktor, saya sudah berkahwin, tapi jarang melakukan hubungan suami isteri.

Saya juga bekerja di sebuah kilang roti, dan keadaan tempat kerja yang banyak tekanan tenaga dan fikiran. Kerja yang tidak menentu masa pulang dan saya selalu merasa terlalu penat dan stress , tidur yang tidak menentu kerana badan yang seringkali lenguh dan sakit kerana berdiri terlalu lama di tempat kerja dan berulang alik ke tempat kerja dengan berjalan kaki.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1

1 komen

Pendarahan yang berhenti seketika lalu keluar semula pada hari ke-14 boleh berlaku akibat perubahan hormon, dan stres atau keletihan mungkin menyumbang. Namun, kerana ini kali pertama dan pendarahan berlarutan atau kembali seperti haid biasa, elok jangan anggap ia hanya disebabkan stres:

Jika ada kemungkinan hamil, buat ujian kehamilan. Buat temu janji dengan doktor sakit puan jika pendarahan berterusan, berulang pada kitaran seterusnya, atau haid melebihi 7–8 hari; doktor boleh menilai puncanya. Dapatkan rawatan segera jika darah sangat banyak (tuala wanita penuh dalam masa sejam), pening atau hampir pengsan, atau sakit perut yang kuat.

23 minit yang lepas
Suka
Feedback
1
warningPenafian: Kandungan ini disediakan berdasarkan sumber maklumat yang disahkan
Topik berkaitan
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa