Cuba berhamil
Salam doktor saya Amujam dari seremban,saya berumur 44 thn ,saya mempunyai 5 anak lelaki,saya teringin mempunyai baby girl,suami saya 45thn tetapi ada kencing manis dan pressure,saya pun ada pressure ,ada ke tinggi risikonya Klu saya mengandung doktor,
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, kehamilan bagi usia melebihi 40 tahun adalah dikira berisiko tinggi. Selain itu, jika ada penyakit sperti darah tinggi juga dikira berisiko. Oleh itu, puan disarankan untuk merujuk kepada doktor tentang perkara ini untuk maklumat dan nasihat lanjut. Terima kasih.