🔥 Diskusi Terhangat

Cara meredakan mabuk hamil

Rasa mual dan muntah semasa mengandung, juga dikenali sebagai mabuk hamil (morning sickness) adalah perkara biasa pada awal kehamilan (Trimester pertama). Ia boleh berlaku pada bila-bila masa, tak kira siang atau malam dan anda mungkin berasa loya sepanjang hari.


Walaupun mabuk hamil ni normal, tetapi ia biasanya akan hilang pada minggu 16 hingga 20 kehamilan anda dan tidak akan menjejaskan kesihatan bayi anda.


Mabuk hamil adalah tidak menyenangkan, dan boleh menjejaskan kehidupan seharian anda dengan ketara. Marilah kita lihat cara-cara untuk melegakan mabuk hamil dari segi pemakanan:


1) Pilih makanan dengan berhati-hati.


Pilih makanan yang mudah dihadam dan rendah lemak.


Sesetengah kajian juga mencadangkan bahawa makanan berasaskan protein boleh melegakan loya lebih baik daripada makanan yang kaya dengan karbohidrat.


2) Makanan ringan masin dan masam


Makanan ringan masin atau masam kadangkala dapat membantu melegakan simptom loya, begitu juga makanan yang mengandungi halia — seperti lolipop halia.


3) Pengambilan Halia


Kajian menunjuk bahawa halia dapat melegakan simpton mabuk hamil. Anda boleh mengambil halia dalam bentuk kapsul, gula-gula, ketulan dan teh yang dibuat dari halia parut segar.


4) Kerap makan dengan kuantiti yang lebih kecil


Perut kosong boleh memburukkan lagi loya. Sebelum bangun dari katil pada waktu pagi, makan beberapa biskut soda atau sekeping roti. Makan porsi yang lebih kecil dengan kerap daripada makan tiga hidangan yang lebih besar.


5) Elakkan makanan berminyak, pedas dan berlemak.


6) Beri perhatian kepada pencetus loya


Elakkan makanan atau bau yang kelihatan memburukkan rasa mual anda. Pastikan bilik berventilasi baik dan bebas daripada bau masakan, yang boleh memburukkan lagi loya.


7) Vitamin B-6 (Piridoksin)


Mengambil vitamin B-6 semasa hamil juga terbukti dalam mengurangkan rasa loya dan muntah.


Jika anda berasa mual selepas mengambil vitamin pranatal, anda boleh ambil vitamin pada waktu malam atau makan snek dahulu sebelum mengambil vitamin pranatal.



Sekiranya anda mengalami mabuk hamil dan muntah yang teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor anda kerana anda berisiko menghadapi isu hyperemesis gravidarum dan masalah dehidrasi yang serius.


Disediakan oleh: Sylvia Ho (pakar pemakanan)

Cara meredakan mabuk hamil  Cara meredakan mabuk hamil  
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
33
2

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa