🔥 Diskusi Terhangat

Buka Buku Pink di Klinik Swasta tapi Bersalin di Hospital Kerajaan

Assalammualaikum. Selamat Sejahtera. Saya ingin tahu jika ibu mengandung boleh buka buku pink di Klinik Swasta tapi bersalin nanti di Hospital Kerajaan? Saya bertanya ini sebab saya tiada cuti tahunan kerana baru mula bekerja. Jadi untuk minta cuti, gaji saya akan dipotong. Cuti off day pula hanya pada Sabtu dan Ahad. Jadi lebih mudah saya buka buku pink di Klinik Swasta. Selepas balik kerja pun boleh singgah. Cuma nak tahu akan ada masalah ke jika saya nak bersalin di Hospital Kerjaan nanti? Ada pendapat yang saya terima cakap tiada masalah sebab ramai ibu buat yang sama. Ada yang berpendapat mungkin nurse akan layan acuh tak acuh sahaja. Sesiapa yang ada pengalaman boleh beritahu saya ya. Terima kasih.

1
1 komen

1 komen

Hi, buku pink yang dibuka di klinik swasta ketika kehamilan juga boleh digunakan di hospital kerajaan untuk proses bersalin kelak.


Boleh baca artikel ni juga untuk sedikit sebanyak maklumat tambahan ya: https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/penjagaan-kehamilan/buka-buku-pink-di-klinik-swasta/

2 minggu yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa