Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiBoleh tak ibu dengan GDM makan buah-buahan?
Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu-ibu yang mempunyai masalah GDM adalah:
Bolehkah seseorang makan buah-buahan apabila anda menghidap GDM semasa kehamilan?
Jawapannya ialah…. YA!
Anda masih boleh makan buah jika anda menghidap diabetes semasa hamil. Anda hanya perlu mengawal pengambilan buah-buahan dan makan secara moderasi.
Porsi dan jenis buah-buahan juga amat penting bagi ibu yang mempunyai masalah GDM.
Walaupun Menteri kesihatan mengalakkan 2 hidangan buah-buahan setiap hari, namun ada sesetengah yang tidak tahu macam mana 1 porsi buah-buahan itu kelihatan terutamanya kalau buah-buahan itu besar macam tembikai ke atau betik, atau yang berbiji-biji seperti anggur, macam mana nak makan 1 hidangan saja kalau anda keliru dengan saiz hidangan?
Jadi banyak ibu yang mungkin makan berlebihan tanpa disedari. Marilah kita lihat berapa banyak buah-buahan yang perlu kita makan.
Contoh 1 hidangan buah-buahan:
- 1 biji epal
- 1 biji oren
- ½ biji jambu batu
- ½ cawan blueberry/ strawberry
- 1 keping tembikai
- 1 keping tembikai susu (honeydew)
- 1 keping betik
- 8 biji anggur
- 1 pisang berangan (saiz medium)
- 2 pisang emas (saiz kecil)
Bila sebut tentang jenis buah-buahan, para ibu yang mempunyai masalah GDM juga perlu bijak memilih buah-buahan yang tak terlalu manis untuk mengekalkan paras glukosa darah yang lebih terkawal.
Tips memilih buah-buahan:
#1 Sentiasa pilih buah-buahan segar
Berbanding dengan jus buah-buahan dan buah-buahan kering/diawet yang lebih manis pilihlah buah-buahan yang segar. Jus buah-buahan dan buah-buahan kering/diawet adalah sumber gula yang lebih pekat berbanding dengan buah-buahan segar. Sebagai contoh: anggur segar hanya mempunyai 16g gula setiap 100g manakala kismis kering pula mengandungi sebanyak 59g gula setiap 100g. Bukan sahaja itu, buah-buahan yang segar lebih kaya dengan serat dan nutrien lain berbanding dengan jus dan buah kering yang telah diproses.
#2 Pilih jus buah-buahan tanpa gula tambahan dan pengawet
Kebanyakan pek jus yang dijual di pasaraya mengandungi gula tambahan yang tidak baik untuk kesihatan kita terutamanya ibu yang mempunyai masalah GDM kerana ia akan mempengaruhi paras gula mereka. Jadi berbanding dengan pek jus yang dibeli di kedai, anda juga boleh memerah jus buah sendiri dan buat kombinasi yang unik seperti lobak merah dengan oren atau epal dengan saderi!
#3 Hadkan buah-buahan yang terlalu manis
Pengambilan buah-buahan seperti anggur, mangga, tembikai dan pisang emas perlulah dihadkan kerana mereka merupakan antara buah-buahan yang tinggi dalam gula. Berbanding dengan buah-buahan yang dinyatakan di atas, anda boleh mencubai buah-buahan yang lebih rendah dalam gula seperti oren, avocado, strawberry, limau gedang.
#4 Pilih Buah-buahan Rendah Glisemik
Indeks glisemik (GI) memberitahu anda betapa cepatnya makanan yang mengandungi karbohidrat mempengaruhi paras gula darah anda. Pilihlah buah-buahan seperti ceri, epal, oren, limau gedang yang lebih dalam glisemik index bagi paras gula yang lebih terkawal.
Jika anda bimbang tentang pengambilan karbohidrat anda, atau ingin bantuan dalam pengiraan karbohidrat (termasuk karbohidrat yang terdapat dalam buah-buahan), anda juga boleh berbincang dengan pakar diet.
Disediakan oleh: Sylvia Ho (pakar pemakanan)
Sumber:
Muiz, M. (2016, March 15). Malaysian Food Pyramid. PORTAL MyHEALTH. Retrieved January 16, 2023
Dottie. (2019, November 12). Diabetes Semasa Hamil. PORTAL MyHEALTH. Retrieved January 16, 2023
Carey, E. (2019, August 27). 10 low-glycemic fruits for diabetes. Healthline. Retrieved January 16, 2023
Fooddata Central Search Results. Food Data Central. Retrieved January 16, 2023
0 komen
Terkini