🔥 Diskusi Terhangat

Apa yang perlu saya lakukan?

Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya untuk mengesahkan apa yang saya lalui dan apa tindakkan yang perlu saya ambik untuk menangani isu ini dari berterusan. Kadang-kadang saya rasa situasi sekeliling saya ni bukan realiti. Saya rasa saya sekarang ni tengah koma sebab kemalangan beberapa tahun lalu. Tapi saya tak tahu kenapa saya rasamacam tu. Saya juga kerap bercakap dengan pelbagai karakter padahal saya sebenarnya bercakap sendiri. Kadang sambil bercakap dengan pelbagai karakter tu saya akan mendalami emosi mereka sampaikan saya terbawa dalam kehidupan harian. Saya rasa mereka sebagai tempat saya bercerita. Tapi saya akan jadi macam tu bila saya bersendirian. Saya jugak kerap alami rasa putus asa dan sedih berpanjangan. Kerap overthinking and panic attack. Bila saya bergaul dengan orang ramai, saya akan jadi pendiam dang kadang-kadang terlebih peramah. Dan saya pernah alami dimana satu bulan tu sya akan habiskan duit saya tapi saya tak sedar tindakkan saya. Saya juga kerap alami susah tidur dan kadang2 saya rasa bertenaga sampai susah tido. Oleh sebab masalah ni, saya kerap dijadikan mangsa untuk orang lain ambik kesempatan. Saya tak tahu apa yang saya perlu buat dan saya takut benda ni aka menjejaskan kehidupan saya

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1
2
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Anda dinasihatkan untuk terus ke hospital atau klinik berhampiran untuk mendapatkan perhatian dan konsultasi yang sewajarnya. Anda boleh juga meminta doktor di klinik untuk merujuk anda kepada doktor pakar berkaitan dengan masalah ini.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa