🔥 Diskusi Terhangat

Anemia semasa kehamilan- tips untuk mengatasinya

Anemia adalah masalah kesihatan awam global serius yang lazim di kalangan wanita hamil dan kanak-kanak. Anemia ditakrifkan sebagai tahap hemoglobin yang kurang daripada 11 g/dL pada trimester pertama, 10.5 g/dL pada trimester kedua dan 10 g/dL pada trimester ketiga. Kes anemia dalam kehamilan amat common di Malaysia di mana 19.3 hingga 57.4% wanita menghadapi isu ini. Semasa mengandung, badan anda akan menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran bayi anda. Oleh itu, anemia ringan (mild anemia) ketika kehamilan adalah normal terutamanya apabila anda tidak mempunyai zat besi yang mencukupi dari diet harian.


Antara jenis anemia bagi ibu hamil yang sering dijumpai adalah anemia kekurangan zat besi(iron deficiency anemia) dan prevalensnya adalah 31.6 hingga 34.6%.


Anemia kekurangan zat besi ini disebabkan kekurangan zat besi dalam badan kita dan mungkin disebabkan oleh faktor berikut:

  • Kehilangan darah yang berlebihan;
  • Kurang bekalan zat besi (dari segi pemakanan); dan
  • Kurang kebolehan untuk menyerap zat besi


Mari kita lihat tips berikut untuk mengatasi masalah anemia kekurangan zat besi.


#1 Elakkan ketidakpatuhan kepada pil hematinik-

Pil hematinik dapat merawat dan mencegah paras besi darah rendah. Banyak ibu skip atau lupa makan pil hematinik on-time dan disebabkan inkonsistensi, hb tak cantik. Ketika makan pil hematinik, ikuti semua arahan pada pakej produk, atau ambil seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jangan mengambil lebih daripada dos yang disyorkan.


#2 Elakkan makanan yang berkafein seperti kopi, teh dan coklat serta produk tenusu yang tinggi dalam kalsium-

Makanan dan minuman yang berikut merupakan iron inhibitor dan akan mengganggu penyerapan zat besi. Kalau nak minum minuman tersebut boleh juga, tetapi perlu memastikan ia 2 jam selepas atau sebelum makan pil hematinik untuk memastikan penyerapan pil zat besi yang lebih optimum.


#3 Pilih sumber zat besi yang mudah diserap-

Zat besi heme yang berasas dari produk haiwan merupakan zat besi yang boleh diserap oleh badan kita dengan lebih baik berbanding dengan zat besi bukan heme yang berasal dari sumber tumbuhan. Antara zat besi heme yang kaya dalam zat besi adalah seperti ayam, daging lembu, kerang, tuna, organ haiwan dan sumber daging merah yang lain. Selain itu, bayam, bijirin yang diperkaya dengan zat besi (iron fortified cereals), ubi bit, aprikot dan prun kering juga antara makanan yang kaya dalam zat besi.


#4 Meningkatkan pengambilan vitamin C-

Makanan yang kaya dalam Vitamin C seperti buah sitrus, broccoli dan berries dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi dengan lebih efektif.


Kesimpulannya, pengambilan zat besi yang mencukupi adalah penting bagi kehamilan yang sihat. Kekurangan zat besi boleh mengakibatkan komplikasi semasa kelahiran seperti kelahiran pramatang, berat badan lahir bayi yang lebih rendah, sekatan pertumbuhan janin, kematian dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.


Jadi, pastikan pengambilan yang secukupnya dari diet harian anda dan jangan lupa untuk makan pil hematinik untuk mengekalkan tahap hemoglobin yang cantik!


Disediakan oleh Sylvia Ho (pakar pemakanan)


Sumber:

  • Shi, H., Chen, L., Wang, Y., Sun, M., Guo, Y., Ma, S., ... & Qiao, J. (2022). Severity of Anemia During Pregnancy and Adverse Maternal and Fetal Outcomes. JAMA network open, 5(2), e2147046-e2147046.


  • Low, M. S. Y., Speedy, J., Styles, C. E., De‐Regil, L. M., & Pasricha, S. R. (2016). Daily iron supplementation for improving anaemia, iron status and health in menstruating women. Cochrane Database of Systematic Reviews, (4).


  • Abu-Ouf, N. M., & Jan, M. M. (2015). The impact of maternal iron deficiency and iron deficiency anemia on child’s health. Saudi medical journal, 36(2), 146.
Anemia semasa kehamilan- tips untuk mengatasinyaAnemia semasa kehamilan- tips untuk mengatasinya
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
47
1

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa