Selepas kes COVID-19, kemunculan virus Human Metapneumovirus hMPV Malaysia kini pula mencuri tumpuan dan membimbangkan semua pihak terutamanya golongan ibu bapa. Ini kerana, jangkitan pernafasan ini semakin menular khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah.
Persoalannya, apa itu hMPV dan bagaimana ia boleh menjejaskan kesihatan si kecil anda?
Mari kita fahami dengan lebih lanjut mengenai virus tersebut bagi melindungi si kecil anda dan orang tersayang.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.
Apa itu jangkitan hMPV?
Human Metapneumovirus (hMPV) adalah virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan, sama seperti Respiratory Syncytial Virus (RSV).
Ia sering menyebabkan jangkitan saluran pernafasan namun dalam sesetengah kes, hMPV juga boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan seperti pneumonia, serangan asma atau memburukkan lagi keadaan penyakit paru obstruktif kronik (COPD).
Virus ini bukanlah satu penyakit baru dan kes hMPV Malaysia ini juga tidak wajib dilaporkan atau dinotifikasikan di Malaysia mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
Walaupun sesiapa sahaja boleh dijangkiti dengan hMPV, namun terdapat golongan tertentu yang lebih berisiko mengalami jangkitan virus ini seperti:
- Kanak-kanak berusia bawah 5 tahun (terutama bayi pramatang yang mempunyai sistem imun yang belum matang sepenuhnya)
- Warga emas berusia lebih 65 tahun
- Individu dengan sistem imun yang lemah
- Pesakit dengan masalah pernafasan kronik (asma, penyakit paru obstruktif kronik (COPD)
Bagaimana jangkitan hMPV boleh merebak?
hMPV Malaysia kes boleh merebak melalui kontak langsung dengan individu yang dijangkiti atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus ini.
Beberapa cara utama penyebaran hMPV termasuk:
- Batuk dan bersin
- Sentuhan fizikal seperti berjabat tangan dan berpelukan
- Menyentuh permukaan atau barangan secara langsung seperti telefon, pemegang pintu atau mainan
Mengenali simptom hMPV Malaysia
Seperti kebanyakan jangkitan pernafasan lain, simptom hMPV virus Malaysia boleh bermula dengan gejala ringan seperti demam dan batuk. Antara simptom yang biasa dialami adalah:
- Batuk berpanjangan: Batuk kering atau berhingus yang sukar dihentikan
- Demam: Suhu badan yang tinggi, biasanya disertai dengan rasa sejuk
- Kesukaran bernafas: Sesak nafas dan pernafasan yang laju
- Sakit tekak: Rasa tidak selesa atau sakit ketika menelan makanan atau minuman
- Selsema dan hidung berair: Hidung tersumbat dan kerap bersin
- Badan lesu: Rasa letih yang luar biasa atau kelesuan
Cara mencegah jangkitan hMPV Malaysia
Berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko hMPV virus Malaysia:
#1. Amalkan kebersihan diri untuk elak hMPV Malaysia
Mencuci tangan dengan sabun adalah cara paling mudah untuk mencegah penyebaran hMPV virus Malaysia.
Pastikan anda membersihkan tangan sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 saat atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol selepas menyentuh permukaan umum atau selepas bersin dan batuk.
Elakkan juga daripada kerap menyentuh mata, hidung dan mulut sebelum mencuci tangan dengan bersih.
#2. Jaga jarak sosial untuk cegah hMPV virus Malaysia
Hindari tempat sesak atau kawasan yang mempunyai ramai orang, terutama semasa musim jangkitan hMPV.
Cara mengurangkan hMPV Malaysia 2025 #3. Tutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin
Gunakan tisu atau lipatan siku anda untuk menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin bagi mengelakkan penyebaran virus kepada orang lain.
#4. Elakkan kontak rapat dengan individu yang sakit
Jika ada ahli keluarga atau rakan yang menunjukkan simptom jangkitan pernafasan, pastikan anda menjaga jarak dengan mereka bagi mengurangkan risiko jangkitan.
#5. Kekalkan sistem imun yang kuat
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang, senaman berkala dan tidur yang cukup dapat membantu tubuh melawan virus.
#6. Jangan berkongsi barangan
Elakkan daripada berkongsi peralatan seperti sudu, garfu, cawan dan pinggan dengan orang lain bagi mencegah penyebaran virus secara langsung.
#7. Pakai pelitup muka
Penggunaan pelitup muka dapat mengurangkan penyebaran titisan udara yang membawa virus, terutama apabila berada di tempat tertutup dan sesak.
Adakah hMPV berbahaya?
Oleh itu, sentiasa berwaspada dengan gejala yang muncul pada anak anda dan segera dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin jika diperlukan.