backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jangkitan Pernafasan Respiratory Syncytial Virus (RSV), Apa Anda Perlu Tahu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/05/2023

Jangkitan Pernafasan Respiratory Syncytial Virus (RSV), Apa Anda Perlu Tahu?

Definisi

Apa itu jangkitan pernafasan RSV?

Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia 2 tahun. Jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.

Simptom jangkitan virus ini adalah ringan dan biasanya hampir sama dengan selesema biasa.

Jangkitan RSV ini boleh menjadi teruk bagi sesetengah kes, terutama pada bayi pramatang dan bayi dengan masalah kesihatan yang mendasari.

Jangkitan ini juga boleh menjadi serius pada individu dewasa yang lebih berusia, individu dewasa dengan penyakit jantung dan paru-paru, atau mana-mana yang mempunyai sistem imunisasi yang sangat rendah (imunocompromised). 

Apa risiko jangkitan pernafasan RSV?

RSV adalah penyebab bronkiolitis (keradangan saluran udara kecil di paru-paru) dan radang paru-paru bagi kanak-kanak yang berusia kurang daripada satu tahun di Amerika Syarikat.

Ia juga merupakan penyebab utama masalah pernafasan pada individu dewasa yang lebih berusia. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. 

Simptom

Apa simptom jangkitan pernafasan RSV?

Simptom ringan akan dialami adalah termasuk:

Bayi mungkin mempunyai tanda dan simptom tambahan, termasuk:

  • Hilang minta pada persekitaran
  • Ketidakseimbangan dan rasa mengantuk
  • Kerengsaan dan tidak tidur dengan baik
  • Kurang selera makan
  • Apnea, di mana pernafasan berhenti kira-kira 15 hingga 20 saat. Ini biasanya berlaku hanya pada bayi pramatang dan juga mempunyai sejarah mengalami apnea
  • jangkitan pernafasan

    Sukar untuk membezakan antara jangkitan selesema biasa dan jangkitan pernafasan RSV.

    Jangkitan ini ada masanya berisiko membawa kepada masalah bronkiolitis atau pneumonia atau kedua-duanya.

    Tanda dan simptom komplikasi ini termasuk:

    • Kesukaran bernafas, yang mungkin termasuk pernafasan lebih cepat daripada biasa
    • Berdehit 
    • Batuk yang semakin teruk. Kanak-kanak mungkin tercekik atau muntah akibat batuk yang teruk
    • Lethargy, peningkatan keletihan, penurunan minat dalam persekitaran, atau kehilangan selera makan

    Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas.

    Jadi sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan mengenai simptom yang dialami, sila dapatkan rundingan dan pemeriksaan daripada doktor.

    Punca

    Apa punca jangkitan pernafasan RSV?

    Virus ini boleh memasuki badan melalui mata, hidung atau mulut.

    Ia mudah tersebar melalui rembesan pernafasan berjangkit – seperti batuk – disedut atau disalur kepada individu lain melalui hubungan langsung, seperti berjabat tangan.

    Virus ini juga boleh hidup berjam-jam pada sebarang permukaan dan mainan. 

    Individu dijangkiti merupakan mereka berisiko menyebarkan jangkitan dalam beberapa hari pertama selepas menerima jangkitan.

    Walau bagaimanapun, virus jangkitan pernafasan RSV mungkin tersebar selama beberapa minggu selepas permulaan jangkitan.

    Faktor risiko

    Apa faktor risiko masalah pernafasan ini?

    jangkitan pernafasan

    Terdapat banyak faktor risiko jangkitan RSV, seperti:

    • Bayi berusia kurang daripada enam bulan
    • Kanak-kanak, terutamanya di bawah usia setahun, pramatang atau mempunyai masalah kesihatan yang mendasari seperti penyakit kongenital atau penyakit paru-paru
    • Kanak-kanak dengan sistem imun lemah, seperti mereka yang menjalani kemoterapi atau pemindahan
    • Bayi yang dijaga dalam pusat jagaan atau nurseri sesak
    • Individu dewasa lebih berusia
    • Individu dewasa dengan asma, kegagalan jantung kongestif atau penyakit pulmonari obstruktif kronik
    • Individu dengan masalah gangguan pada sistem imun, termasuk mereka yang mempunyai organ transplan tertentu, leukemia atau HIV/AIDS

    Diagnosis & Rawatan

    Maklumat yang diberikan ini bukan pengganti kepada sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana masalah pernafasan ini akan didiagnosis?

    Doktor mungkin mengesyaki jangkitan RSV berdasarkan ujian fizikal serta tempoh masa jangkitan berlaku.

    Semasa peperiksaan, doktor boleh mendengar bunyi paru-paru dengan stetoskop untuk memeriksa bunyi berdehit atau bunyi yang tidak normal.

    jangkitan pernafasan

    Doktor anda juga boleh menggunakan:

    • Pemantauan kulit tanpa rasa sakit (pulse oximetry) untuk memeriksa sama ada tahap oksigen yang terdapat di dalam aliran darah adalah lebih rendah daripada biasa
    • Ujian darah untuk memeriksa bilangan sel putih atau untuk mencari kehadiran virus, bakteria atau organisma lain
    • X-ray pada bahagian dada untuk memeriksa radang paru-paru
    • Ujian makmal bagi cecair rembesan pernafasan dari hidung anda untuk mengenal pasti virus

    Bagaimana masalah pernafasan ini akan dirawat?

    Rawatan untuk jangkitan ini secara amnya melibatkan langkah penjagaan diri untuk menjadikan anak anda lebih selesa (penjagaan sokongan).

    Tetapi dalam kes yang teruk, penjagaan hospital mungkin diperlukan.

    Penjagaan sokongan

    Doktor anda boleh mencadangkan ubat yang boleh dibeli di farmasi seperti acetaminophen (Tylenol dan yang lain) untuk mengurangkan demam.

    Doktor juga boleh menetapkan antibiotik jika terdapat komplikasi bakteria, seperti radang paru-paru bakteria.

    Selain itu, pastikan anak anda selesa.

    Berikan banyak cecair dan perhatikan tanda-tanda dehidrasi, seperti mulut kering, kurang pengeluaran urin, mata ke dalam atau mengantuk.

    Penjagaan hospital

    Penjagaan hospital untuk jangkitan RSV dalam kes-kes yang teruk mungkin diperlukan untuk memberikan cecair intravena (IV) dan oksigen yang lembap.

    Bayi dan kanak-kanak yang dirawat di hospital juga boleh disambungkan kepada pengudaraan mekanikal – mesin pernafasan – untuk memudahkan pernafasan.

    Dalam beberapa kes yang teruk, bronkodilator nebulized seperti albuterol (ProAir HFA, Proventil-HFA, Ventolin HFA) boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ubat ini membuka laluan udara di dalam paru-paru.

    Adakalanya, nebulized dalam bentuk ribavirin (Virazole), yang merupakan agen antivirus, boleh digunakan.

    Doktor anda juga boleh mengesyorkan suntikan epinefrin atau bentuk epinefrin yang boleh disedut melalui nebulizer (racemic epinephrine) untuk melegakan gejala jangkitan pernafasan RSV.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 11/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan