Suntikan typhoid perlu diambil oleh semua pengendali atau pekerja premis-premis makanan di negara ini. Mengapa pekerja premis makanan perlu cucuk typhoid vaccine ini?
Suntikan typhoid perlu diambil oleh semua pengendali atau pekerja premis-premis makanan di negara ini. Mengapa pekerja premis makanan perlu cucuk typhoid vaccine ini?

Bukan itu sahaja, mengapa hendak pergi melancong juga perlu ambil suntikan vaksin ini?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Penyakit Berjangkit, anda boleh klik di sini.
Sebelum anda ambil maklum berkenaan kepentingan suntikan typhoid, adalah amat mustahak untuk anda mengetahui penyakit typhoid itu sendiri.
Demam typhoid atau tifoid merupakan sejenis penyakit yang berpunca daripada bakteria Salmonella typhi.
Bakteria ini akan menjangkiti saluran usus dalam perut, malah boleh memasuki aliran darah tubuh anda. Ia merupakan sejenis jangkitan bakteria yang agak serius.
Anda perlu tahu bahawa penyakit ini amat mudah untuk berjangkit melalui makanan dan minuman yang telah tercemar.
Antara simptom seseorang itu mengalami demam tifoid ialah:
Selain itu, seseorang yang dijangkiti juga boleh mengalami ruam, keletihan, hilang selera makan, menjadi keliru atau mengalami cirit-birit.
Jika ia dibiarkan sahaja dan tidak dirawat, ia boleh membawa maut.

Bagi kawasan atau negara-negara yang mempunyai sistem pengairan dan saliran yang baik, kes tifoid agak jarang berlaku.
Namun, bagi kawasan yang mempunyai sistem pengaliran atau sumber air yang tidak terurus, penyakit tifoid ini amat mudah untuk berjangkit.
Antara negara atau wilayah yang kerap melaporkan kes demam tifoid ialah seperti Afrika, sebahagian Eropah, Amerika Tengah, Amerika Selatan, Asia Selatan, Asia Tenggara dan juga Timur Tengah.
Oleh sebab itu, mereka yang ingin mengembara ke kawasan-kawasan ini amat disarankan untuk mengambil suntikan typhoid sebelum bergerak ke sana.
Selain itu, penyediaan makanan atau minuman yang tidak bersih juga menjadi antara punca bakteria ini berjangkit dengan mudah.
Sebagai contoh, lantai premis makanan yang basah, meja penyediaan yang kotor, dan premis dipenuhi sarang haiwan perosak menjadi antara punca utama penyakit ini merebak.
Untuk pengetahuan anda, bakteria tifoid ini hanya hidup dalam tubuh manusia.
Malah, sesetengah individu boleh membawa bakteria tifoid ini dalam pundi hempedu mereka selama setahun.
Golongan yang dijangkiti boleh mengeluarkan bakteria melalui najis atau air kencing mereka.
Individu seperti ini disebut sebagai pembawa kronik walaupun tidak pernah dijangkiti tifoid sebelum ini.
Anda boleh mendapat tifoid melalui makanan atau minuman yang telah dicemari bakteria daripada najis. Bagaimana ini boleh berlaku?
Hal ini tidak pelik kerana bakteria boleh hinggap ke minuman atau makanan anda apabila pengendali makanan tersebut tidak mencuci tangannya setelah keluar dari tandas.
Malah, anda juga boleh dijangkiti dengan hanya menghampiri individu yang telah sedia mempunyai jangkitan bakteria tifoid.
Salah satu kaedah untuk mencegah jangkitan penyakit ini adalah melalui suntikan typhoid atau cucuk typhoid vaccine.
Terdapat dua kaedah pengambilan vaksin tifoid ini:
Selain daripada cucuk typhoid vaccine, anda juga mestilah mengamalkan tip atau langkah-langkah kebersihan lain sebagai perlindungan tambahan daripada dijangkiti tifoid.
Antara perkara yang mesti anda lakukan ialah:
Suntikan typhoid penting untuk mencegah jangkitan demam tifoid yang disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi.
Melindungi individu daripada penyakit tifoid yang boleh menyebabkan cirit-birit, demam tinggi dan komplikasi serius.
Wajib diambil oleh pengendali makanan di Malaysia untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit melalui makanan.
Memberi perlindungan selama tiga tahun selepas suntikan.
Disyorkan kepada individu yang ingin melancong ke kawasan berisiko tinggi seperti Asia Selatan dan Afrika.
Harga suntikan typhoid di klinik swasta di Malaysia biasanya dalam lingkungan:
RM50 hingga RM150 satu dos, bergantung kepada jenis klinik dan lokasi.
Suntikan ini biasanya perlu diambil setiap tiga tahun untuk perlindungan berterusan.
Walaupun anda telah menerima vaksin tifoid, tidak bermakna anda dilindungi daripada jangkitan tifoid 100%.
Vaksin tifoid hanya berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh anda dalam melawan jangkitan tifoid.
Ia berperanan mengurangkan kadar jangkitan dan mengurangkan komplikasi akibat jangkitan bakteria tifoid.
Selain itu, amalkan tip seperti yang telah dikongsikan sebelum ini.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
24/06/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz