Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Anda gemar memakai kanta lekap ketika COVID-19? Adakah anda tahu aspek penjagaan mata penting dalam mengekang penularan wabak jangkitan coronavirus ini?
Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:
[covid_19]
Sebelum mengetahui pemakaian kanta lekap ketika COVID-19, fahami penjagaan mata dulu
Menjaga aspek kebersihan tangan adalah perkara penting dalam mengekang penularan wabak coronavirus. Begitu juga dengan penjagaan mata.
Jangkitan virus ini boleh menyebabkan anda mengalami masalah pernafasan tahap ringan dan teruk.
Simptom seperti demam, batuk dan sesak nafas boleh muncul antara 2 hingga 14 hari selepas dijangkiti.
Individu yang mendapat jangkitan teruk boleh mengalami masalah radang paru-paru dan mati kesan daripada komplikasi berkaitan kesukaran untuk bernafas.
Disebabkan itu aspek penjagaan mata juga penting. Apa kaitannya dengan penjagaan mata dan pernafasan?
Berikut adalah sebabnya:
Baca juga:
Coronavirus punca mata merah, mungkinkah dari pemakaian kanta lekap ketika COVID-19?
Sekiranya anda terlihat individu dengan mata yang merah, jangan panik. Ia tidak bermakna mereka dijangkiti dengan virus COVID-19.
Walau bagaimanapun, kajian di China mendapati, 1 daripada 3 individu yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan coronavirus berdepan dengan masalah mata, seperti mata merah atau konjunktivitis.
Jadi, penting untuk anda faham virus ini boleh merebak melalui sentuhan pada permukaan tercemar atau rembesan air daripada individu dijangkiti.
Pemakaian kanta lekap ketika COVID-19
Menurut Pakar Mata merangkap jurucakap American Academy of Ophthalmology, Dr. Sonal Tuli, penting bagi seseorang individu untuk mengutamakan aspek penjagaan kebersihan diri dalam mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Tabiat mencuci tangan dengan kerap, penjagaan mata yang baik serta mengelakkan sentuhan wajah, seperti mulut, hidung dan mata, adalah antara langkah pencegahan yang baik.
Jadi bagaimana jika anda masih tegar ingin memakai kanta lekap ketika COVID-19?
Apa kata anda ikuti penjelasan berikut. Pilihan di tangan anda.
- Jika anda memakai kanta lekap ketika COVID-19, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memakai cermin mata
Tiada sebarang bukti menyatakan penggunaan kanta sentuh boleh meningkatkan risiko jangkitan coronavirus.
Tetapi Dr Tuli mengatakan bahawa individu yang memakai kanta lekap akan lebih kerap menyentuh mata berbanding mereka yang tidak.
Beliau menasihatkan untuk beralih kepada penggunaan cermin mata untuk sementara waktu.
Ini terutamanya jika anda seorang yang gemar menggosok mata apabila memakai kanta lekap ketika COVID-19.
Pemakaian cermin mata sebagai pengganti kanta sentuh boleh mengurangkan kerengsaan dan sentuhan mata.
Baca juga:
- Pemakaian cermin mata memberikan perlindungan tambahan
Walaupun ia bukanlah 100% dapat melindungi mata, namun cermin mata boleh dianggap sebagai perlindungan tambahan buat mata dari sebarang rembesan air.
Virus tetap boleh mencapai bahagian mata daripada sisi, atas dan bawah mata yang terdedah daripada cermin.
Namun ia lebih baik daripada memakai kanta lekap ketika COVID-19, bukan?
- Penyediaan ubat mata
Pakar menasihatkan untuk individu menyimpan ubat-ubatan kritikal dengan secukupnya terutamanya apabila anda perlu menjalani kuarantin diri ataupun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Pastikan stok mencukupi dan jangan tunggu sehingga habis untuk menambah bekalan ubat-ubatan anda.
- Hindari menyentuh mata
Kita semua melakukannya. Tidak kira sama ada individu dewasa mahupun kanak-kanak, ia adalah 1 tabiat semula jadi dan sukar untuk dihentikan.
Namun, jika anda mampu mengurangkan amalan ini, ia dapat merendahkan risiko untuk mengalami jangkitan.
Sekiranya wujud keinginan untuk menggosok atau menggaru mata mahupun sekadar membetulkan kedudukan cermin mata, gunakan tisu sebagai lapik untuk jari anda.
Memakai kanta lekap ketika COVID-19 akan membuatkan mata anda lebih senang menjadi kering dan anda akan menjadi lebih terdedah kepada keadaan untuk menyentuh mata.
Mata yang kering akan menyebabkan anda cenderung untuk menggosok mata, jadi mungkin anda perlu mempertimbangkan untuk menambah penggunaan titisan pelembap dalam rutin penjagaan mata.
Sekiranya anda tetap perlu menyentuh mata, walau untuk apa jua alasan, pastikan anda mencuci tangan dengan sabun dan air untuk tempoh 20 saat.
Selepas memegang mata, pastikan anda mencuci tangan sekali lagi.
Amalan penjagaan diri
Sesungguhnya penjagaan kebersihan diri dan amalan jarak sosial yang baik adalah antara cara yang boleh membantu mengurangkan penularan wabak.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit(CDC) turut mengeluarkan panduan untuk mengekang jangkitan COVID-19, antaranya:
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus