Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 Mac – 28 April 2020 bertujuan membendung penularan wabak COVID-19 yang sedang menyerang seantero dunia kini.
Berikut adalah statistik kes terkini di negara kita:
[covid_19]
Rakyat hanya dibenarkan keluar untuk membeli stok makanan, ubatan atau tujuan kecemasan sahaja sepanjang PKP berlangsung.
Ini menyebabkan kita semua terpaksa berada di dalam rumah sehingga rantaian jangkitan dapat diputuskan.
Bagi suami isteri, waktu ini boleh diisi untuk memperbaiki hubungan yang mungkin sekian lama sudah suram kerana faktor sibuk dengan kerjaya.
Malah ada yang berjenaka bahawa 9 bulan selepas PKP ini berakhir, wad bersalin akan penuh.
Anda mungkin berminat untuk membaca:
Ya, mungkin ada logiknya. Namun, adakah mengandung semasa PKP ini adalah perkara yang baik atau buruk?
Jom kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Mengandung semasa PKP, baik atau buruk?
Hakikatnya, Malaysia bukanlah seperti China yang mengehadkan kelahiran bayi bagi setiap keluarga.
Jadi, tiada siapa yang menghalang anda untuk mengandung sama ada semasa PKP atau bila-bila sekalipun.
Lagipun, ia adalah hak setiap pasangan untuk memiliki berapa orang anak yang diingini bukan?
Oleh itu, mungkin tiada salahnya untuk anda hamil secara sengaja atau tidak sengaja.
Pun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan.
Faktor penting seperti kewangan, kerjaya dan kesihatan perlu dipertimbangkan dalam perancangan keluarga.
Lihat juga aspek penularan COVID-19 yang sedang melanda ketika ini.
Adakah selamat untuk anda hamil ketika virus korona baharu ini sedang menyerang?
Adakah perbuatan anda ini akan menyumbang kepada pertambahan kelahiran bayi secara mendadak sehingga memenuhkan wad bersalin kelak?
Fikirkannya semula.
Artikel berkaitan:
Untuk menjawab soalan sama ada mengandung semasa PKP ini adalah baik atau buruk, ia adalah bergantung kepada individu dan pasangan itu sendiri.
Oleh itu, berfikirlah secara bijak sebelum membuat keputusan!
Sila amalkan perancangan keluarga ketika COVID-19 melanda!
Persoalannya, apa yang anda boleh buat untuk mengelak dari mengandung semasa PKP ini sedang berlangsung?
Ia mungkin agak sukar bagi suami isteri kerana seks biasa berlaku lebih-lebih lagi ketika anda dan pasangan tiada aktiviti lain yang boleh dibuat di rumah.
Jawapannya, mudah sahaja. Kalian berdua masih boleh meneruskan kehidupan seks seperti biasa dengan mengamalkan perancangan keluarga!
Salah satu amalan perancangan keluarga yang terbaik adalah dengan mengambil pil perancang.
Di UK misalnya, penjualan pil perancang telah meningkat sebanyak 122% dalam masa sebulan.
Ini ekoran daripada pengisytiharan negara untuk memerintahkan lockdown.
Dr. Diana Gall yang merupakan konsultan kesihatan laman sesawang Doctor-4-U mendedahkan permintaan pil perancang kehamilan sedang meningkat dengan mendadak.
Ini tentu sekali disebabkan ramai pasangan suami isteri yang ingin mengelak dari hamil ketika lockdown ini berlangsung.
Jadi, kita juga boleh mencontohi mereka.
Selain itu, mungkin kalian boleh melakukan aktiviti ini jika sudah terlalu bosan duduk di rumah:
Terdapat banyak cara mengelak dari mengandung semasa PKP
Ya, mungkin pil perancang adalah teknik yang paling efektif dalam mencegah kehamilan semasa perintah separa lockdown di negara kita berlangsung.
Namun, jangan hanya bergantung kepada teknik itu sahaja!
Ini kerana terdapat banyak lagi cara suami isteri boleh amalkan untuk mengelak dari mengandung semasa PKP.
Antara yang paling mudah adalah dengan penggunaan kondom.
Tahukah anda, kondom lelaki dan kondom wanita adalah 99% berkesan dalam mencegah kehamilan? Jadi, sila gunakannya.
Selain itu, suami juga mungkin boleh mengamalkan teknik ‘pancut luar’ dalam usaha mencegah isteri kesayangan anda itu dari mengandung.
Atau mungkin kalian tidak perlu melakukan penetrasi zakar setiap masa?
Anda dan pasangan sebenarnya masih boleh menikmati tubuh badan masing-masing semasa foreplay seperti blowjob, handjob atau apa-apa perbuatan seksual yang juga mengasyikkan, tapi selamat!
Dalam pada itu, jangan abaikan kebersihan, keselamatan dan kesihatan anda ya?
Apa yang penting, sila pastikan kalian kekal berada di rumah untuk sama-sama membantu dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini. #stayathome
[mc4wp_form id=’115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus