home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

Larangan Rentas Daerah Berkuatkuasa Jam 12 Malam Ini Di Sabah! Amerika Turut Bertindak?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Mungkin ekoran terlalu sibuk dengan Pilihan Raya Negeri di Sabah, kita semua terleka atau terlupa dengan pandemik COVID-19 yang masih wujud.

Hakikatnya, penularan wabak virus korona baharu ini masih lagi berleluasa dan langkah pencegahan haruslah diamalkan oleh setiap rakyat jelata.

Di Malaysia, berikut adalah statistik kes sehingga kini:

Terbaharu, ada satu kenyataan yang mengatakan bahawa Larangan Rentas Daerah di Sabah berkuatkuasa jam 12 malam ini! Benarkah?

coronavirus

Peningkatan kes COVID-19 di Sabah

Sehingga tarikh 1 Oktober 2020, sebanyak 260 kes positif virus korona baharu telah dikesan dengan 259 kes tempatan dan 1 kes import.

Ini menjadikan kes positif COVID-19 di negara kita telah melonjak kepada 11,484 kes!

Penderita yang telah sembuh sehingga sekarang adalah seramai 10,014 orang manakala yang menemui maut pula adalah seramai 136 orang.

Apa yang lebih membimbangkan adalah telah wujud banyak lagi kluster baharu di seluruh Malaysia terutamanya di negeri Sabah.

Berikut adalah antara kluster-kluster yang sedang hangat diperkatakan bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di Semenanjung Malaysia:

  • Bangau-bangau (Sabah)
  • Joo Hwa (Sabah)
  • Bakau (Sabah)
  • Laut (Sabah)
  • Benteng LD (Sabah)
  • Kampung Sakong (Sabah)
  • Jalan Meru (Selangor)
  • Bakawali (Johor)
  • Tembok (Kedah)
  • Bah Ketil (Kedah)
  • Selasih (Putrajaya)

pasar basah covid

Dari senarai yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini, dapat dilihat bahawa negeri Sabah merupakan majoriti dari kluster COVID-19 yang baharu.

Ini mungkin ada kaitannya dengan Pilihan Raya Negeri yang telah mengumpulkan ramai individu dalam satu perhimpunan sekali gus mengabaikan pengamalan jarak sosial.

Anda mungkin berminat dengan artikel ini:

Larangan rentas daerah di Sabah

Disebabkan itu, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri pada 2 Oktober 2020 telah memutuskan untuk melaksanakan Larangan Rentas Daerah di Sabah.

Ia akan berkuatkuasa pada jam 12.01 malam 3 Oktober 2020 dan mungkin akan berakhir pada 16 Oktober 2020 jika keadaan dapat dikawal kembali.

“Sektor penting seperti bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan perkhidmatan lain masih dibenarkan untuk melakukan rentas daerah,” jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau turut memaklumkan bahawa mereka yang sedang dikuarantin atau akan tamat tempoh kuarantin sepanjang tempoh berkenaan dibenarkan pulang ke daerah masing-masing.

Baca juga:

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini pula akan kekal berkuatkuasa seperti biasa.

Sebarang sekatan dan maklumat lanjutan akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah dari semasa ke semasa.

Ya, ini adalah salah satu langkah yang wajar diambil oleh kita semua bagi mengelakkan penularan virus korona baharu ini menjadi lebih teruk!

virus korona baharu pkpp

Amerika mula ambil langkah sepatutnya?

Dalam ciapan Twitter milik Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, dimaklumkan bahawa beliau dan juga isteri telah didapati positif COVID-19.

Lantaran itu, beliau turut memaklumkan akan mula berkuarantin dan memulakan proses rawatan secepat yang mungkin.

Meskipun negara Uncle Sam ini mencatatkan statistik positif kes virus korona baharu, mereka masih tidak mengumumkan sebarang perintah untuk mengawal pergerakan.

Adakah ini masanya agar Amerika Syarikat untuk mula ambil langkah sepatutnya?

Perang COVID-19 belum tamat, jangan terlalu selesa!

Bermula jam 12 malam ini, Larangan Rentas Daerah di Sabah akan mula berkuatkuasa dan disarankan agar semua individu terlibat memberi kerjasama yang bagus.

Akhir kata, perang melawan virus korona baharu ini masih belum tamat bukan sahaja di Sabah malahan di seluruh Malaysia.

Terus mengamalkan langkah pencegahan dan mengurangkan pergerakan agar kita semua dapat melawannya bersama.

#Stayathome

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://covid19.sabah.digital/covid19/
  2. https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/22233-larangan-rentas-daerah-di-sabah-mulai-tengah-malam-ini-hingga-16-okt
  3. https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/10/01/covid-19-260-new-cases-with-sabah-recording-118
  4. https://www.malaysiakini.com/news/544794
  5. https://www.theedgemarkets.com/article/trump-says-twitter-he-melania-tested-positive-covid19
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 07/04/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x