backup og meta

Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

Anda Bebas Bergerak Masa PKPP Tapi WASPADA! Ini 7 Tempat BERISIKO Tinggi Sebar COVID-19

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Dalam tempoh PKPP ini, anda bebas untuk bergerak ke sana ke sini. Namun ada 7 tempat berisiko COVID-19 yang boleh mendedahkan anda kepada penularan jangkitan wabak tersebut.

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

[covid_19]

Penjagaan diri & elakkan tempat berisiko COVID-19

Kerajaan Malaysia telah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), namun ia tidak bermakna wabak pandemik telah hilang sepenuhnya.

Sehingga vaksin dijumpai – yang boleh memakan masa berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun –  ini bermakna anda masih terdedah kepada penularan jangkitan coronavirus.

Oleh sebab itu, anda masih perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah mengurangkan risiko, sama ada berkaitan penjagaan kesihatan diri mahupun mengelakkan tempat berisiko COVID-19.

7 tempat berisiko COVID-19

Tahukah anda, ada tempat-tempat tertentu yang mungkin akan meletakkan anda pada risiko penularan jangkitan?

Berikut senarai 7 tempat berisiko tinggi untuk penularan jangkitan COVID-19:

  1. Rumah ibadat, panggung wayang (teater) & tempat konsert

Berdasarkan saranan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), setiap individu terutamanya mereka yang berisiko tinggi untuk mengalami jangkitan COVID-19 perlu menghindari sebarang bentuk perhimpunan.

Ini sudah tentu kerana tempat yang terdapat ramai individu berkumpul akan mudah bersentuhan dengan individu berkemungkinan mempunyai jangkitan. 

Berada di tempat perhimpunan akan menyukarkan amalan jarak sosial.

Baca juga:

  1. Pantai & kolam renang

Setelah hampir lebih 3 bulan tidak bercuti, pastinya dalam tempoh PKPP ini anda mahu menikmati panorama indah, sudah tentu pantai akan menjadi pilihan.

Pun begitu, sama ada pantai atau kolam, kedua-duanya tersenarai dalam tempat berisiko COVID-19.

Pastinya individu lain juga mempunyai keinginan yang sama untuk bercuti seperti anda, jadi kesesakan pasti akan berlaku. 

Walaupun hanya wujud % kecil untuk penularan jangkitan virus di pantai kerana pengaliran air laut atau kolam, tetapi amalan jarak sosial tidak dapat dipenuhi dengan sebaiknya. 

Sebaiknya, jangan pergi atau bawa anak kecil anda ke tempat-tempat yang sesak dan ramai individu.

7-tempat-berisiko-covid-19

  1. Pengangkutan awam

Sebarang pengangkutan awam, tidak kira kereta api, bas mahupun kapal terbang, adalah tempat di mana penjarakan sosial sukar dijaga.

Anda juga berkemungkinan terdedah kepada individu lain untuk tempoh yang panjang, maka risiko penularan jangkitan semakin tinggi.

Di pusat bandar utama, sistem aliran transit pastinya 1 kemudahan penting dan ia sering sesak. 

Keadaan tersebut meningkatkan penyebaran titisan udara virus corona dari penumpang ke penumpang lain. Ia berlaku melalui bersin, batuk atau semasa berbual.

Sekiranya anda perlu menggunakan pengangkutan awam, pastikan anda sentiasa berhati-hati.

Sebaiknya elakkan daripada menyentuh sebarang permukaan seperti handrail, penarik pintu atau sebarang butang. 

  1. Majlis besar

Aktiviti luar rumah dan tempat terbuka dengan pengudaraan semula jadi umumnya lebih selamat berbanding kawasan tertutup.

Walau bagaimanapun, tempat yang sesak seperti majlis perkahwinan atau sebarang parti hari jadi masih boleh menjadi tempat berisiko COVID-19.

Risiko penularan jangkitan akan lebih tinggi apabila ada individu yang tidak memakai pelitup muka atau menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.

penularan jangkitan

  1. Tempat kerja

Kebanyakan tempat kerja seperti kilang atau pusat panggilan biasanya melibatkan meja sesak dengan pengudaraan yang lemah. Sudah tentu ia mendedahkan kepada penularan jangkitan. 

Amalan jarak sosial bagi setiap pekerja harus sentiasa dipantau dan penjagaan tingkah laku kesihatan haruslah dipertingkatkan dalam kalangan setiap individu yang bekerja. 

Pihak majikan haruslah menyediakan segala keperluan penjagaan diri seperti pelitup muka, gel pembersih tangan atau sarung tangan jika diperlukan.

Maklumat tentang cara pemakaian topeng pelitup muka atau kaedah selamat menanggalkan sarung tangan juga perlu diberikan secara lengkap kepada pekerja.

Artikel berkaitan:

  1. Salun rambut & kuku

Ramai individu yang menantikan pembukaan salun rambut dan kuku tetapi jaga-jaga, ia merupakan antara tempat berisiko tinggi COVID-19.

Anda disarankan memilih salun berdasarkan susunan persekitaran individu berbanding soal hiasan dalaman semata-mata. 

Pilihlah tempat yang mengutamakan prosedur SOP ditetapkan, seperti membersihkan semua alat dan tempat duduk pelanggan serta mengehadkan jumlah pelanggan di dalam salun.

  1. Restoran & kedai makan

Risiko pada tempat seperti ini boleh dikurangkan dengan penggunaan bahan pakai buang serta amalan jarak pada tempat duduk.

Jika pemilik dan kakitangan restoran mahupun kedai makanan mengambil langkah berjaga-jaga, pastinya ia boleh membantu mengurangkan penularan jangkitan.

Langkah penjagaan diri

Bagi sesetengah individu mungkin sukar untuk mengelakkan tempat berisiko COVID-19 apabila ia melibatkan tugasan kerja. 

Tetapi anda masih boleh mengurangkan risiko dengan melakukan penjagaan kebersihan diri dengan sebaiknya.

Kerapkan membasuh tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat, terutamanya jika:

[mc4wp_form id=’115319″]

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/daily-life-coping/activities.html / Accessed on June 17, 2020

https://www.who.int/westernpacific/news/multimedia/infographics/covid-19 / Accessed on June 17, 2020 

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/28/covid-19-disinfection-of-public-spaces-high-risk-areas-to-begin-march-30 / Accessed on June 17, 2020

https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/advice-for-public  / Accessed on June 17, 2020

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/06/696991/covid-19-pakai-topeng-muka-di-lokasi-berisiko-tinggi-who / Accessed on June 17, 2020

Versi Terbaru

04/11/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Dah Mula Masuk Kerja? Ini 10 Langkah Pekerja & Majikan Wajib Buat Nak Cegah COVID-19!

Kita Masih Belum Menang! Ikut Saranan Kerajaan Pakai Topeng Muka, WAJIB Di 3 Tempat Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/11/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan