Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

health-tool-icon

Info

Berapa tepatkah kalkulator tarikh bersalin ini?

Kalkulator tarikh bersalin ini adalah anggaran sejauh manakah kehamilan anda dan bila anda akan melahirkan anak. Walaupun ia berdasarkan pengiraan hari pertama haid terakhir dan purata tempoh haid atau tarikh anda bersenggama, pengiraan ini bukanlah 100% tepat.

Kali terakhir datang bulan

Tempoh kehamilan selalunya berlangsung selama 40 minggu (atau 38 minggu dari tarikh konsepsi). Oleh sebab itu, cara terbaik menganggarkan tarikh bersalin adalah mengira 40 minggu atau 280 hari dari hari pertama menstruasi anda yang terakhir. Selain itu, anda juga boleh mengira bermula dari hari pertama selepas datang bulan buat kali terakhir, tolak 3 bulan dan tambah 7 hari. Jika tempoh mestruasi terakhir anda bermula pada 11 April 2020, anda perlu tolak 3 bulan (11 Januari), dan tambah 7 hari. Jangkaan hari bersalin akan jatuh pada 18 Januari 2021. Inilah cara doktor menganggarkan tarikh akhir bagi wanita mengandung. Walau bagaimanapun, normal untuk sesiapa sahaja melahirkan anak seminggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Berapa lamakah tempoh gestasi?

Tempoh gestasi merupakan jangka masa kehamilan wanita dari konsepsi sehingga kelahiran. Kehamilan yang normal memakan masa dari 38 hingga 42 minggu. Masa terbaik untuk bayi dilahirkan adalah antara minggu ke 39 dan 40. Jika bayi lahir sebelum minggu ke 37, bayi tersebut merupakan bayi pramatang. Kelahiran selepas 42 minggu pula dikira sebagai pascamatang.

Apakah maksud usia gestasi?

Usia gestasi merupakan usia kehamilan anda. Usia gestasi dikira dari hari pertama selepas haid terakhir wanita. Tempoh gestasi juga digunakan untuk menentukan perkembangan bayi seperti perkembangan tangan dan kaki si manja.

Tarikh konsepsi

Pengiraan tempoh gestasi mengikut tarikh persetubuhan hanya boleh diguna pasangan yang ingat hari terakhir seks, wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal dan mempunyai tarikh ovulasi yang tetap. Selepas ovulasi, ovum hanya ada masa selama 1 hari untuk terus hidup, manakala sperma pula boleh tinggal di dalam badan wanita selama 5 hari. Oleh sebab itu, sperma hanya boleh melakukan fertilisasi di dalam jangka masa ini. Mengikut pengiraan, hari pertama gestasi boleh dihitung bermula dari hari persetubuhan dan tambah 36 minggu atau 266 hari dengan syarat adanya ovulasi.

Berapa tepatkah kalkulator tarikh bersalin ini untuk persenyawaan in-vitro (IVF)?

Kalkulator ini lebih tepat untuk wanita yang melakukan perseyawaan secara in-vitro (IVF). Walau bagaimanapun, tempoh kelahiran mungkin berbeza mengikut faktor tertentu. Pastikan anda berhubung dengan doktor jika mempunyai persoalan.

IVF

Minggu kehamilan dan tarikh akhir boleh dikira dengan lebih tepat untuk ibu yang melakukan IVF kerana tarikh implantasi embrio atau ovulasi telahpun diketahui. Jika anda ibu yang melakukan IVF, anda boleh menganggar tarikh kehamilan dengan cara menambah 38 minggu (atau 266 hari) dari masa ovum melalui proses fertilisasi. Selain itu, anda juga boleh menambah 38 minggu dan menolak jumlah hari implantasi embrio. Sebagai contoh, untuk ibu yang melakukan pemindahan 3 hari, mereka perlu menolak 3 hari manakala untuk ibu yang melakukan pemindahan 5 hari, mereka perlu menolak 5 hari dari tarikh implantasi embrio.

Berapa minggukah dalam satu tempoh kehamilan?

Purata tempoh kehamilan adalah sekitar 40 minggu. Bayi pramatang yang lahir sebelum minggu ke 39 berisiko untuk mengalami masalah pernafasan, gula dalam darah rendah, masalah untuk makan, jaundis dan mungkin perlu tinggal di hospital dalam tempoh yang lebih lama.

Adakah saya berisiko untuk mengalami kelahiran pramatang?

Wanita yang hamil anak kembar atau kembar tiga lebih berisiko untuk mengalami kelahiran pramatang. Faktor lain seperti diabetes, tekanan darah tinggi, merokok, minum arak, waktu yang singkat antara kehamilan, sejarah ketidaksuburan (termasuk wanita yang hamil melalui persenyawaan in-vitro atau IVF) dan tidak melakukan pemeriksaan pranatal juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

Bagaimanakah saya dapat memastikan kehamilan yang sihat?

Walaupun kelahiran pramatang kadangkala tidak dapat dielakkan, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan anda tidak mengalami kelahiran pramatang. Para ibu selalunya akan bersalin secara normal jika mereka gembira dan sihat. Pastikan anda melakukan pemeriksaan pranatal untuk mengelakkan sebarang komplikasi. Jika anda rasa tidak sihat, jumpa doktor secepat mungkin supaya kondisi anda dapat didiagnosis dengan segera.

Rujukan

Su, H. et al. (2017). Detection of ovulation, a review of currently available methods, Bioengineering and Translational Medicine. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://aiche.onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1002/btm2.10058

Boyle J., and Teede, H. (2014). Irregular menstrual cycles in a young woman, CMAJ. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://www.cmaj.ca/content/186/11/850

Stirnemann, J. et al. (2013). Day-specific probabilities of conception in fertile cycles resulting in spontaneous pregnancies, Human Reproduction. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://doi.org/10.1093/humrep/des449

What is the rhythm method? Cleveland Clinic. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/17900-rhythm-method#:~:text=The%20rhythm%20method%20is%20a,percent%20effective%20at%20preventing%20pregnancy.

Wilcox, A., Baird, D., and Dunson, D. (2001). The timing of the “fertile window” in the menstrual cycle: day-specific estimates from a prospective study. BMJ. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC27529/

National Health Services UK. Irregular periods. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://www.nhs.uk/conditions/irregular-periods/

Gestational age. MedlinePlus US National Institute of Health. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://medlineplus.gov/ency/article/002367.html

Why is 40 weeks so Important? New York Department of Health. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://www.health.ny.gov/community/pregnancy/why_is_40_weeks_so_important.htm#:~:text=Pregnancy%20lasts%20for%20about%20280,between%2029%20and%2033%20weeks.

Baby due date. Better Health Channel Victoria Department of Health. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/baby-due-date

Know Your Terms – Full Term Pregnancy. US National Institute of Child and Health Development. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://www.nichd.nih.gov/ncmhep/initiatives/know-your-terms/moms

ACOG Committee Opinion No. 764: Medically Indicated Late-Preterm and Early-Term Deliveries. US National Institute of Health National Library of Medicine. Diakses pada 8 Juni 2021 dari https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/30681545/

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Baca Lagi