Checklist kelengkapan diri untuk menunaikan umrah atau haji mungkin sudah lengkap. Tetapi, bagaimana pula dengan persediaan kesihatan anda?
Checklist kelengkapan diri untuk menunaikan umrah atau haji mungkin sudah lengkap. Tetapi, bagaimana pula dengan persediaan kesihatan anda?

Jangan ambil ringan — kesihatan yang baik adalah kunci untuk memastikan ibadah berjalan lancar dan selesa. Jika anda masih tertanya-tanya tentang suntikan umrah dan haji yang perlu diambil sebelum berangkat, anda tidak keseorangan.
Teruskan membaca untuk ketahui jenis vaksin yang diperlukan dan cara membuat persediaan kesihatan yang betul sebelum ke Tanah Suci.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Vaksin, sila dapatkannya di sini.
Selain suntikan umrah, apa lagi perkara lain yang perlu dilakukan sebelum ke Tanah Haram?
Vaksin umrah wajib atau tidak? Pastikan anda ambil vaksin sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum bagi membina imuniti di dalam tubuh badan.
Timbul juga persoalan, suntikan umrah valid untuk berapa tahun? Buat pengetahuan anda, ianya tahan selama 5 tahun. Jika anda berpeluang untuk melakukan umrah lagi sekali, anda tidak perlu mengambil vaksin Meningococcal umrah. Buku suntikan umrah juga akan diberikan sebagai bukti!
Belum dapatkan vaksin meningococcal lagi? Apa lagi, klik di sini untuk dapatkannya sekarang!
Sudah mengambil suntikan umrah bukan bermakna anda tidak perlu membawa ubat-ubatan sendiri. Apabila berada di sana, pastinya anda ingin mengelakkan kos tambahan untuk membeli ubat.
Oleh itu, sediakan ubat yang bersesuaian dengan keperluan diri serta keadaan cuaca di Arab Saudi. Jika anda mengambil ubat tertentu, pastikan anda turut membawa surat atau preskripsi daripada doktor sebagai rujukan.
Antaranya:
Kebersihan diri jangan dilupakan. Berikut adalah barangan peribadi yang diperlukan ketika anda menunaikan umrah atau haji.
Antaranya:
Perlu diingatkan bahawa cuaca di tanah haram berbeza dengan keadaan di Malaysia. Oleh itu, anda boleh siapkan mental dan fizikal agar anda lebih bersedia.

Musim panas: Bulan Mac – Oktober
Suhu pada waktu siang sekitar 40 – 50 darjah Celcius.
Musim sejuk: Bulan November – Februari
Suhu pada waktu siang sekitar 22 – 28 darjah Celcius. Pada waktu malam boleh mencecah sehingga 15 – 18 darjah Celcius.
Oleh itu, anda harus bawa atau menyediakan air atau spray air ketika sedang melakukan ziarah atau beribadat untuk mengelakkan dehidrasi berlaku. Berehat dan usah memaksa diri.
Aktiviti semasa mengerjakan ibadah umrah melibatkan tawaf dan saie, di mana anda akan banyak berjalan.
Sama juga jika anda bakal melakukan ibadah haji, ibadah yang dilakukan melibatkan berwukuf, melontar jamrah, tawaf dan saie.
Oleh itu, anda perlu siapkan keadaan fizikal anda dengan banyakkan berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari seminggu untuk membina stamina. Anda juga boleh lakukan senaman ringan dan jogging.
Sebagai contoh:
Tawaf: 1 putaran (dekat dengan Kaabah) lebih kurang 500 meter. 500 meter x 7 putaran bersamaan dengan 3.5 km.
Saei: Bukit Safa ke Bukit Marwah 450 meter (sekali jalan). 450 meter x 7 bersamaan dengan 3.15 km.
Ketika ini juga, anda akan kerap berjalan untuk ke kawasan masjid, melakukan ziarah dan sebagainya bersama ribuan manusia. Oleh itu, persiapkan diri anda!
Semoga perkongsian checklist kesihatan ini membantu anda membuat persediaan yang lebih rapi sebelum menunaikan umrah atau haji. Dengan kesihatan yang terjaga, ibadah dapat dilakukan dengan lebih tenang dan sempurna — semoga perjalanan anda dipermudahkan dan dikurniakan umrah serta haji yang mabrur.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Vaksinasi untuk jemaah haji dan umrah . https://www.meningitis.org/about-meningitis/vaccines/vaccination-for-hajj-and-umrah-pilgrims/. Accessed on April 23, 2026
Hajj and Umrah Guidelines. https://www.jawhar.gov.my/en/hajj-and-umrah/hajj-and-umrah-guidelines/. Accessed on April 23, 2026
Arab Saudi: Haji dan Umrah. https://www.cdc.gov/yellow-book/hcp/africa-middle-east/saudi-arabia-hajj-and-umrah-pilgrimages.html# . Accessed on April 23, 2026
Saudi Arabia. https://weather.metoffice.gov.uk/world/saudi_arabia. Accessed on April 23, 2026
KERAJAAN ARAB SAUDI UMUM SYARAT KESIHATAN MUSIM HAJI . https://www.tabunghaji.gov.my/siaran-media/haji/kerajaan-arab-saudi-umum-syarat-kesihatan-musim-haji. Accessed on April 23, 2026
Versi Terbaru
27/04/2026
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor