backup og meta

Kena Minum Banyak Air Kosong Nak Elak Jangkitan Saluran Kencing, Berkesan Ke Cara Ini?

Kena Minum Banyak Air Kosong Nak Elak Jangkitan Saluran Kencing, Berkesan Ke Cara Ini?

Sebenarnya, ramai individu yang pernah atau masih menderita jangkitan salur air kencing (UTI) namun tidak cakna mengenainya.

Jika sudah tahu sekali pun, mereka mungkin akan menyangka bahawa ia normal berlaku dan minum air kosong dengan banyak sudah cukup.

Persoalannya, benarkah banyak minum air kosong mampu mengubat atau mengelak jangkitan salur air kencing? Jom baca ini untuk tahu!

Apa itu jangkitan salur air kencing?

Buat anda yang mungkin masih belum tahu, jangkitan salur air kencing adalah kondisi di mana salur ini dijangkiti dengan mikroorganisme.

Salur ini adalah terdiri daripada pelbagai jenis organ termasuklah buah pinggang, pundi kencing, ureter dan urethra.

Namun antara organ salur kencing yang paling kerap mendapat jangkitan ini adalah pundi kencing dan urethra.

Jangkitan ini boleh terjadi kepada sesiapa namun wanita lebih berisiko berbanding lelaki kerana mereka mempunyai salur kencing yang lebih pendek.

Sekiranya dijangkiti, berikut adalah antara gejala-gejala yang mungkin akan berlaku:

  • Terlalu kerap dan sakit ketika kencing
  • Aliran air kencing tidak terkawal
  • Air kencing berbau busuk
  • Air kencing berwarna keruh
  • Air kencing bernanah atau berdarah
  • Gejala lain termasuk demam, loya, muntah, sakit belakang

Cara mengatasi kencing kotor

Namun, apakah punca sebenar jangkitan ini berlaku ya?

Apa punca jangkitan salur air kencing?

Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, ia berpunca daripada jangkitan mikroorganisme terutamanya bakteria.

Bakteria Escherichia coli (E.coli) yang kerap ditemui di dalam usus merupakan antara penyebab paling biasa jangkitan ini.

Ia boleh berpindah dan merebak daripada usus ke salur air kencing ataupun daripada mana-mana organ yang dijangkiti.

Terdapat beberapa faktor risiko lain yang menyebabkan jangkitan salur air kencing termasuklah:

  • Jantina; wanita lebih berisiko berbanding lelaki
  • Kecacatan pada salur kencing
  • Penyumbatan pada salur kencing
  • Aktiviti seks yang tidak sihat
  • Putus haid
  • Sistem imuniti tubuh badan lemah
  • Menggunakan catherer

Jika sudah dijangkiti, apa yang boleh dan perlu dibuat?

kencing tak lawas

Apa yang boleh dan perlu buat?

Pertama sekali, kalian berlu berjumpa dengan doktor segera untuk melakukan ujian air kencing.

Ini bertujuan agar doktor mampu memberikan ubatan atau rawatan yang paling tepat, sesuai dengan jenis jangkitan dialami.

Kebiasaannya, penderita akan diberi ubat antibiotik selama 3 ke 10 hari untuk membunuh bakteria penyebab jangkitan ini.

Untuk melegakan kesakitan ketika kencing, ubatan seperti Phenazopyridine, Analgesik, Acetaminophen dan Ibuprofen akan dipreskripsikan.

Dalam pada itu, kalian juga mungkin disarankan untuk minum lebih banyak air kosong! Kenapa?

Banyak minum air kosong sudah cukup?

tanda kencing manis tinggi

Jika difikirkan secara logik, banyak minum air kosong pasti akan buat anda lebih banyak buang air kecil dan sekali gus mengeluarkan bakteria penyebab jangkitan.

Ia mungkin benar kerana kajian JAMA Internal Medicine pada tahun 2018 membuktikan bahawa minum lebih banyak air mampu merawat dan mengelak jangkitan salur air kencing.

Menurut kajian itu lagi, seramai 140 wanita pramenopaus yang menghidap UTI dan minum lebih daripada 1.5 liter air sehari dikatakan sudah pulih.

Manakala wanita dalam kajian yang minum kurang daripada 1.5 liter air sehari pula disahkan masih lagi menderita jangkitan salur air kencing.

Disebabkan itu, Pakar Obstetrik & Ginekologi Dr Renee M. Ward menyarankan agar anda minum lebih 2 cawan air daripada kebiasaan dalam masa sehari untuk elak dan rawat jangkitan ini.

Namun, ia cuma mampu membantu dan tidak terus menyembuhkan atau memulihkan anda sepenuhnya.

Ada beberapa lagi perkara lain perlu dibuat untuk mengelak dan merawat UTI seperti:

  • Menjaga kebersihan alat sulit
  • Menukar pakaian dalam dengan kerap
  • Membuang air kecil dengan kerap dan habis
  • Mengelak daripada minum air berkafein dan beralkohol
  • Mengambil vitamin C
  • Mengurangkan faktor risiko UTI

Paling penting, jangan terlambat untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala-gejala UTI sudah mula muncul pada diri okay!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/womens-wellness-drink-water-to-fight-those-utis/
  2. https://www.eehealth.org/blog/2019/05/what-to-eat-during-a-uti/
  3. https://www.chla.org/blog/rn-remedies/eight-ways-prevent-urinary-tract-infection
  4. https://www.health.harvard.edu/bladder-and-bowel/new-thinking-about-urinary-tract-infections

Versi Terbaru

18/05/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Kenali 3 Jenis Lain Penyakit Saluran Kencing: Hematuria, Penyakit Ureter & Glomerulonephritis.

3 Jenis Penyakit Lain Berkaitan Saluran Kencing Yang Anda Perlu Tahu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan