backup og meta

Nak Rawat Batu Karang? Selain Banyak Minum Air, Ini 3 Lagi Cara Anda Kena Buat!

Nak Rawat Batu Karang? Selain Banyak Minum Air, Ini 3 Lagi Cara Anda Kena Buat!

Ada banyak cara yang boleh dilakukan oleh doktor untuk merawat batu karang. Rawatan batu karang cara tradisional moden atau atau pemberian ubat untuk batu karang di buah pinggang selalunya bergantung kepada saiz, lokasi serta jenis batu karang tersebut.

Untuk pengetahuan pembaca, buah pinggang manusia berfungsi untuk menapis bahan buangan dan cecair lebihan daripada darah dan membentuk air kencing.

Namun, kadangkala bahan buangan ini boleh terkumpul dan bergumpal di dalam buah pinggang. Gumpalan ini jugalah yang kita semua kenali dengan nama batu karang.

Jadi, apakah ubat untuk batu karang? Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Berapa kerap penyakit batu karang ini berlaku?

sakit batu karang
Simptom sakit batu karang.

Menurut National Kidney Foundation, hampir setengah juta pesakit dimasukkan ke hospital di Amerika Syarikat setiap tahun disebabkan oleh masalah batu karang.

Malah, menurut statistik, 1 dalam 10 orang akan mengalami masalah batu karang sekali seumur hidup. Mereka yang berumur 30-60 tahun merupakan golongan yang paling terkesan.

Penyakit ini juga mempunyai bilangan pesakit yang kian bertambah tahun demi tahun. Kini, risiko penyakit ini berlaku adalah sebanyak 11% dalam kalangan lelaki dan 9% dalam kalangan wanita.

Perawatan yang pesakit penyakit ini boleh cuba!

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, cara untuk merawat batu karang bergantung kepada jenis, lokasi serta simptom yang pesakit alami.

Namun, ada beberapa cara dan ubat untuk batu karang yang mungkin akan dilakukan oleh doktor seperti:

1. Tunggu sehingga batu karang keluar sendiri

Batu karang yang bersaiz kecil boleh keluar dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, disebabkan kesakitan yang dialami, doktor mungkin akan memberikan ubat tahan sakit untuk pesakit penyakit ini.

ubat untuk batu karang
Batu karang boleh keluar dengan sendiri.

Untuk memudahkan pengeluaran batu karang, pesakit haruslah:

  • Minum air dengan banyak. Cecair seperti teh dan sup juga dikira
  • Tambah jus lemon ke dalam air anda
  • Elak minuman berkarbonat
  • Jangan mengambil terlalu banyak garam

Pastikan anda minum banyak air jika air kencing berwarna gelap. Teruskan minum air sehingga air kencing berwarna jernih.

2. Perubatan

Ada kalanya, doktor akan memberikan ubat untuk batu karang. Ubat batu karang di farmasi ini juga dapat membantu mengeluarkan batu karang dengan lebih mudah daripada badan.

Ubat ini juga membantu mengekalkan ureter dalam keadaan yang relaks bagi memudahkan pengeluaran batu karang.

Selain itu, doktor juga mungkin akan memberikan ubat-ubatan tambahan seperti ubat tahan sakit dan juga tahan loya.

ubat untuk batu karang
Ubat yang membantu merawat batu karang.

3. Pembedahan

Pembedahan untuk mengeluarkan batu karang ini mungkin perlu dilakukan jika berlaku kes seperti:

  1. Batu karang tidak boleh keluar. 
  2. Pesakit dalam kesakitan yang serius.
  3. Batu karang menghalang fungsi buah pinggang.

Kini, pembedahan batu karang melibatkan pemotongan yang kecil dan tidak lagi sesakit dahulu. Malah, ia juga tidak akan menyebabkan pesakit ditahan di hospital dalam tempoh masa yang lama.

Selain itu, batu karang juga perlu dikeluarkan secepat mungkin jika ia menyebabkan jangkitan yang berulang kali.

Rawatan untuk penyakit batu karang

Selain ubat untuk batu karang, pesakit yang mengalami pembentukan batu karang yang berulang perlu melakukan beberapa perubahan dari segi gaya hidup.

Sebagai contoh, mereka perlulah minum air dengan banyak dan mengambil ubat bagi mengelakkan pembentukan batu karang pada masa akan datang.

Doktor mungkin akan memberikan ubat batu karang paling berkesan seperti diuretik bagi pesakit yang mempunyai batu karang jenis kalsium.

Pesakit yang mempunyai tahap asid urik yang tinggi di dalam air kencing mereka pula mungkin akan menerima ubat untuk batu karang yang dikenali dengan nama allupurinol untuk menghentikan pembentukan batu karang.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kidney Stone Causes, Symptoms, Treatments, & Prevention. https://www.kidneyfund.org/kidney-disease/kidney-problems/kidney-stones/#prevent_kidney_stones. Accessed April 19, 2021.
  2. Kidney stones. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/kidney-stones#what-are-kidney-stones. Accessed April 19, 2021.
  3. Kidney stones. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-stones/diagnosis-treatment/drc-20355759. Accessed April 19, 2021.
  4. How common are kidney stones? https://www.kidney.org/atoz/content/kidneystones. Accessed April 19, 2021.
  5. Prevention – Kidney Stones. https://www.nhs.uk/conditions/kidney-stones/prevention/. Accessed April 19, 2021.
  6. Treatment for Kidney Stones. https://www.niddk.nih.gov/health-information/urologic-diseases/kidney-stones/treatment. Accessed April 19, 2021.
  7. What are Kidney Stones?  https://www.urologyhealth.org/urology-a-z/k/kidney-stones. Accessed April 19, 2021.

Versi Terbaru

02/08/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Air Kencing Berbau Kuat? Ini PUNCA UTAMA & Cara Untuk Mengatasinya

Ada Protein Dalam Air Kencing? AWAS! Ini Bahaya Untuk Buah Pinggang Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 02/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan