backup og meta

Tilam Kekabu, Pelaburan Yang Baik Atau Satu Pembaziran? Ini Pro Dan Kontranya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/07/2022

    Tilam Kekabu, Pelaburan Yang Baik Atau Satu Pembaziran? Ini Pro Dan Kontranya!

    Tilam kekabu atau tilam kapas merupakan antara item yang sangat popular dalam kalangan ibu yang baru melahirkan anak. Ramai ibu yang memilih untuk menggunakan tilam kekabu untuk anak mereka kerana keselesaan dan keempukannya.

    Bukan itu sahaja, orang dewasa juga gemar membeli bantal atau tilam kekabu. Rasanya yang empuk dan sejuk membolehkan kita tidur malam dengan lena tanpa sebarang gangguan.

    Walaupun tilam ini mempunyai pelbagai kebaikan, ada juga beberapa keburukan yang anda perlu tahu. Disebabkan tilam ini terlalu lembut dan empuk, ia mungkin tidak sesuai untuk tulang belakang anda.

    Sebelum anda beli tilam ini, baca dulu artikel ini supaya anda boleh buat pilihan yang bijak.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

    Adakah tilam kekabu lebih baik daripada tilam lain?

    tilam kekabu

    Sebenarnya, ada sebab mengapa tilam lain seperti tilam spring, getah, busa dan lain-lain dicipta.

    Walaupun begitu, tilam jenis ini juga selalunya mempunyai harga yang mahal kerana ia dapat memberikan sokongan yang baik pada postur badan.

    Bukan itu sahaja, tilam ini juga telah melalui banyak proses R&D untuk memastikan ia tahan lama, selesa dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah sakit belakang.

    Sebelum beli tilam jenis kekabu, mari ketahui kebaikan dan keburukan tilam ini:

    Kebaikan tilam kekabu

    Ada sebabnya mengapa ramai orang menggemari tilam ini. Di samping harganya yang mampu milik, tilam kapas lebih lembut dan sangat selesa.

    Selain itu, tilam ini juga:

    1. Mempunyai pengudaraan yang baik. Sebab itulah, tilam ini cepat sejuk walaupun cuaca panas. Penggunaan serat semula jadi membuatkan tilam kapas mempunyai pengudaraan dan ventilasi yang lebih baik berbanding tilam lain.
    2. Selesa dan lembut. Tilam yang baharu selalunya sangat lembut dan selesa.
    3. Diperbuat daripada serat semula jadi. Oleh sebab itu, ia jarang sekali mencetuskan reaksi alahan.

    Baca juga:

    Keburukan tilam kekabu

    tilam kekabu

    Walaupun tilam ini lembut dan mampu milik, ia datang dengan beberapa keburukannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

    1. Bahannya mungkin toksik. Walaupun kekabu merupakan serat semula jadi, ada beberapa jenis kapas yang toksik dan mungkin mendatangkan bahaya kepada badan. Oleh sebab itu, hati-hati dan selidik dahulu sebelum beli.
    2. Mudah diserang hama. Hama bukan sahaja akan membuatkan badan anda menjadi gatal, ia juga merupakan agen penyakit.
    3. Tidak kalis api. Kekabu sangat mudah terbakar. Jadi, tilam jenis ini tidak kalis api.
    4. Tidak dapat memberikan sokongan yang baik pada tulang belakang. Tilam ini juga akan hilang keanjalannya selepas beberapa bulan penggunaan. Besar kemungkinan, ia akan tenggelam atau menjadi leper.
    5. Tidak tahan lama. Kapas merupakan material yang longgar, jadi ia tidak dapat mengekalkan bentuknya. Lama-kelamaan, tilam ini akan menjadi semakin keras dan tidak rata.

    Tidak pasti sama ada ingin beli tilam kapas untuk baby? Mari sertai Komuniti Keibubapaan Hello Doktor dan bertukar-tukar pendapat mengenai topik-topik terkini bersama ibu bapa lain.

    Sakit belakang? Ini cara untuk beli mattress terbaik

    tilam kekabu

    Sakit belakang merupakan masalah yang menghantui ramai orang. Oleh sebab itu, ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli tilam yang terbaik untuk tulang belakang.

    Jika anda ingin membeli tilam, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan, antaranya:

    1. Jenis tilam. Material dan rekaan memainkan peranan penting untuk mengukur prestasi sejenis tilam. Perhatikan kontur, lantunan, keanjalan serta keupayaan regulasi suhu tilam sebelum beli. Pilih tilam mengikut keperluan masing-masing.
    2. Berat badan manusia tidak seimbang. Ada bahagian yang lebih berat berbanding bahagian yang lain. Tilam yang bagus selalunya boleh memberikan sokongan tambahan pada kawasan tertentu untuk keselesaan maksimum.
    3. Kualiti bahan. Tilam yang diperbuat daripada bahan yang berkualiti selalunya lebih baik dan tahan lama.
    4. Beli tilam mengikut keanjalan yang disukai. Keselesaan adalah sesuatu yang subjektif, jadi ia mungkin berbeza mengikut individu.

    Menurut Harvard Health Publishing, pakar pernah menggalakkan pembelian tilam yang keras.

    Namun, menurut sebuah tinjauan yang dilakukan ke atas 268 orang subjek, mereka mendapati individu yang tidur di atas tilam yang keras mempunyai kualiti tidur yang paling teruk.

    Malah, tidak ada sebarang perbezaan yang dicatatkan di antara mereka yang menggunakan tilam yang keras dan juga tilam separa keras. Jadi, belilah tilam mengikut keselesaan sendiri. Kalau boleh, cuba dulu sebelum beli!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan