backup og meta

Orang Kata Tidur Berpelukan Baru Syok, Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri!

Orang Kata Tidur Berpelukan Baru Syok, Ini Rupanya Maksud 8 Posisi Tidur Suami Isteri!

Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan. Namun, tahukah anda posisi semasa tidur anda dan pasangan boleh mempengaruhi kualiti tidur dan kesihatan secara menyeluruh?

Ia juga merupakan pengisyaratan berkaitan dengan kestabilan emosi anda terhadap pasangan suami isteri.

Jika pasangan suami isteri sedang mengalami konflik, mereka cenderung untuk tidur membelakangkan satu sama lain.

Namun, jika pasangan anda gemar tidur membelakangkan anda, tidak bermakna mereka sedang marah ataupun sedih.

Setiap individu selesa dalam posisi semasa tidur masing-masing dan ia mempunyai makna bagi individu itu sendiri.

Artikel ini akan menyenaraikan 8 posisi semasa tidur dan kebaikan di sebaliknya.

#1 Posisi semasa tidur spoon

Individu di belakang akan memeluk pasangan di hadapan mirip dua sudu yang diletakkan bersama.

Posisi ini seakan-akan orang hadapan dilindungi oleh orang yang memeluk di belakang.

Mungkin anda beranggapan bahawa pasangan suami isteri gemar tidur dalam posisi ini.

Baca juga:

Namun, menurut kaji selidik yang dibuat oleh syarikat Travelodge, kurang daripada 20% rakyat Britain yang tidur dalam posisi tersebut.

Posisi tidur ini bagus untuk mereka yang sering berdengkur berbanding dengan posisi lain.

Walau bagaimanapun, buat sesetengah individu, ia agak merimaskan. 

Mereka yang dipeluk sukar untuk bergerak dan mereka yang memeluk yang mengawal posisi tidur.

#2 Posisi chasing spoon

Sama seperti posisi semasa tidur spoon, chasing spoon kelihatan individu yang dipeluk cuba melarikan diri daripada pemeluk.

Mereka kebiasaannya tidur pada bahagian sebelah katil dan bukan di tengah-tengah.

Posisi ini terjadi disebabkan oleh mereka yang dipeluk inginkan ruang untuk tidur. Namun tidak dibenarkan oleh pemeluk.

Comel, kan?

Namun, mereka yang ‘lari’ berisiko untuk jatuh katil. Kebiasaannya posisi ini berlaku separuh sedar.

#3 Posisi semasa tidur menghadap satu sama lain, bersentuhan

posisi semasa tidur

Mereka yang tidur dalam posisi ini nampak bahagia.

Tiada apa yang lebih membahagiakan selain daripada memandang muka pasangan sebelum dan selepas bangun tidur.

Namun, masalah biasanya berlaku ketika mereka sedang tidur, terutamanya jika salah seorang berdengkur.

Bayangkan anda sedang lena diulit mimpi sementara pasangan anda menghembuskan nafas mereka tepat ke muka.

Kalau yang tak berus gigi sebelum tidur tu, memang beraromalah bau nafas mereka.

Kaji selidik pada tahun 2014 yang dibuat oleh University Hertfordshire mendapati kira-kira 4% subjek yang terlibat tidur dalam posisi ini.

#4 Posisi tidur menghadap satu sama lain, tidak bersentuhan

Mereka yang mengalami konflik dalam hubungan cenderung untuk tidur dalam posisi ini.

Bukan bergaduh, tapi pasangan yang inginkan perhatian namun gagal untuk meminta atau memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

Kebanyakan pakar berpendapat bahawa mereka yang didapati tidur dalam posisi ini perlu lebih jujur dan terbuka kepada pasangannya.

Namun, ada juga yang berpendapat, posisi ini tidak semestinya membawa pengertian negatif.

Mereka yang mengadakan ‘pillow talk’ sebelum tidur juga boleh tidur dalam posisi ini.

Jika ia benar, maka ia merupakan tanda bahawa anda seorang yang terbuka dan suka berkongsi masalah dengan pasangan.

#5 Membelakangi dan bersentuhan badan

Ini merupakan salah satu posisi semasa tidur yang lazim dalam kalangan pasangan yang bersama kurang daripada 1 tahun.

Ia turut dikenali sebagai posisi tidur ciuman belakang dan melambangkan kemesraan di antara dua pasangan.

Baca juga:

Oleh sebab kedua-dua individu tidur dalam keadaan mengiring, ia mempunyai kebaikan yang hampir sama dengan posisi tidur spoon.

Anda akan berasa lebih selesa namun sendi tertentu, terutamanya bahagian yang ditindih akan sengal.

#6 Membelakangi dan tidak bersentuhan badan

Jika anda tidak bersentuhan tubuh semasa tidur, ia tidak bermakna hubungan anda tidak intim.

Ia cuma memberikan isyarat secara tidak langsung anda perlukan kebebasan semasa tidur.

Walau bagaimanapun, jika anda dan pasangan sering tidur dalam posisi bersentuhan dan kini, bertukar kepada posisi ini, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara.

Salah satunya adalah konflik. 

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbicara dengan pasangan.

#7 Posisi tidur cradle

posisi semasa tidurseks

Seperti spoon, posisi semasa tidur ini juga bagai memberikan perlindungan dan dalam masa yang sama merapatkan jurang keintiman di antara pasangan.

Ia merupakan posisi di mana pasangan tidur dalam keadaan terlentang dan seorang lagi merehatkan kepala di atas dadanya.

Tangan dan kaki saling bertautan namun ia bukanlah satu posisi yang dianggap selesa.

Mungkin selesa bagi mereka yang baring di atas, namun tangan mereka yang terlentang, terhimpit menyebabkan ia kebas.

Oleh sebab posisi ini melibatkan sentuhan kulit ke kulit dan tampak lebih intim, ia boleh merangsang otak untuk merembeskan hormon yang dikenali sebagai oksitosin, hormon cinta.

#8 Cliffhanger

Apabila pasangan tidur berjauhan di atas satu katil, sehinggakan sebelah kaki tergantung di penjuru katil, ia melambangkan permasalahan dalam hubungan.

Kajian pada tahun 2014 oleh Universiti Hertfordshire yang melibatkan lebih daripada 1,000 subjek menunjukkan semakin jauh jarak tidur, semakin teruk hubungan sesebuah pasangan.

Oleh sebab tidur merupakan salah satu aspek yang mempengaruhi kesihatan, ia boleh terganggu disebabkan oleh masalah sebegini.

Saranan pakar adalah untuk anda dapatkan nasihat atau kaunseling daripada golongan profesional.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Britons are turning their backs on their partners between the sheets. (https://www.travelodge.co.uk/press-centre/press-releases/BRITONS-ARE-TURNING-THEIR-BACKS-THEIR-PARTNERS-BETWEEN-SHEETS). Diakses pada 21 April 2020.
  2. Why do married couples sleep in the same bed. http://www.strangehistory.net/2013/10/17/why-do-married-couples-sleep-in-the-same-bed/ Diakses pada 21 April 2020.
  3. 8 Foundation eight intimacy marriage. https://bible.org/seriespage/8-foundation-eight-intimacy-marriage/ Diakses pada 21 April 2020.
  4. The benefits of sleeping together.https://bettersleep.org/blog/the-benefits-of-sleeping-together/ Diakses pada 21 April 2020. 
  5. Brain basics, Understanding sleep. https://www.ninds.nih.gov/Disorders/Patient-Caregiver-Education/Understanding-Sleep/ Diakses pada 21 April 2020.  

Versi Terbaru

05/12/2022

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Gemar Melampiaskan Nafsu Pada Patung Seks @ Robot Seks? Ini Mudaratnya!

Jom Semak Apa Tanda & Punca Lelaki Kurang Hormon Androgen (SEKS)!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 05/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan