Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Pempengaruh Meninggal Dunia Selepas Sakit Kepala Ketika Live – Apa Sebenarnya Berlaku?
Kesan tak tidur malam boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental seperti sakit kepala, keletihan melampau dan gangguan fungsi otak. Dalam satu laporan berita, seorang pempengaruh di China dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sakit kepala ketika melakukan siaran langsung dipercayai akibat kurang tidur yang berpanjangan.
Kejadian ini menjadi peringatan bahawa tidur bukan sekadar rehat biasa, tetapi keperluan penting untuk fungsi tubuh yang normal.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tidur Berkualiti, klik di sini.
Kenapa tak boleh tidur waktu malam?
Ramai orang tertanya kenapa tak boleh tidur waktu malam? Masalah ini biasanya berpunca daripada faktor gaya hidup, kesihatan atau tekanan mental.
Tanpa tidur yang mencukupi, kesan tak tidur malam boleh menyebabkan tubuh menjadi lebih mudah sakit dan sukar menumpukan perhatian.
Berapa lama kita perlu tidur?
Kurang tidur boleh menyebabkan emosi anda mudah berubah.
Soalan berapa lama kita perlu tidur ini berbeza mengikut umur dan keadaan kesihatan.
Secara umum, pakar kesihatan mencadangkan:
Dewasa: sekitar 7 hingga 9 jam setiap malam
Remaja: sekitar 8 hingga 10 jam
Kanak-kanak: sekitar 9 hingga 12 jam
Jika seseorang sering tidur kurang daripada tempoh ini, kesannya boleh mula muncul seperti sakit kepala, keletihan dan gangguan mood.
Kesan tak tidur malam
Kesan tak tidur malam boleh menjejaskan hampir semua sistem dalam tubuh kerana tidur diperlukan untuk proses pemulihan badan dan otak. Jika kekurangan tidur berlaku secara berterusan, pelbagai masalah kesihatan boleh muncul.
Antara kesan utama termasuk:
Sakit kepala dan keletihan melampau: Kekurangan tidur boleh menyebabkan tekanan pada sistem saraf dan mencetuskan sakit kepala.
Gangguan fungsi otak: Individu mungkin mengalami masalah fokus, ingatan lemah dan kesukaran membuat keputusan.
Sistem imun menjadi lemah:Tubuh lebih mudah dijangkiti penyakit kerana daya tahan badan menurun.
Risiko penyakit kronik meningkat:Kurang tidur dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes.
Masalah kesihatan mental:Individu lebih mudah mengalami stres, kebimbangan atau kemurungan.
Dalam jangka panjang, kesan ini boleh memberi impak besar kepada kesihatan keseluruhan jika tabiat tidur tidak diperbaiki.
Cara mengelakkan kesan tak tidur malam
Terdapat beberapa langkah mudah yang boleh membantu meningkatkan kualiti tidur.
Antara amalan yang disarankan:
Tetapkan jadual tidur yang konsisten
Kurangkan penggunaan telefon sebelum tidur
Elakkan minuman berkafein pada waktu malam
Wujudkan persekitaran tidur yang selesa dan gelap
Dengan mengamalkan tabiat tidur yang sihat, risiko ini dapat dikurangkan secara berkesan.
Kesimpulan
Tidur yang mencukupi bukan sekadar rutin harian, tetapi asas penting kepada kesihatan fizikal dan mental.
Apabila tidur sering diabaikan, tubuh akan menunjukkan pelbagai tanda amaran yang tidak boleh dipandang ringan.
Menjaga kualiti tidur merupakan langkah mudah tetapi sangat penting untuk melindungi kesejahteraan jangka panjang.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Effects of Sleep Deprivation. https://www.sleepfoundation.org/sleep-deprivation/effects-of-sleep-deprivation. Diakses Mac 16, 2026.
The Effects of Sleep Deprivation. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/the-effects-of-sleep-deprivation. Diakses Mac 16, 2026.
Sleep Deprivation. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/23970-sleep-deprivation. Diakses Mac 16, 2026.
Sleep Deprivation: Symptoms, Causes, and Effects. https://www.helpguide.org/wellness/sleep/sleep-deprivation. Diakses Mac 16, 2026.
Lack of sleep: Can it make you sick?. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/insomnia/expert-answers/lack-of-sleep/faq-20057757. Diakses Mac 16, 2026.
Versi Terbaru
17/03/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor