backup og meta

Tip Mengatasi Kulit Kering Semasa Puasa

Tip Mengatasi Kulit Kering Semasa Puasa

Selain tubuh, kesan dehidrasi juga dirasakan pada kulit. Lazimnya, kulit menggelupas dan bersisik. Keadaan ini akan membuat penampilan kurang menarik. Adakah anda pernah mengalami situasi ini ketika berpuasa pada bulan Ramadan? Sila baca tip ini.

Banyakkan minum air

Pastikan tubuh mendapat air yang cukup untuk mencegah dehidrasi sepanjang berpuasa. Pastikan anda meminum air cukup 8 gelas antara tempoh berbuka hingga sahur. Cara ini sangat membantu mencegah dehidrasi pada siang hari yang mendorong kepada kulit kering.

Kurangkan aktiviti luar

Elakkan terdedah terlalu lama pada suhu panas kerana ia boleh menyebabkan kulit kering dan kusam. Ketika keluar rumah sebaiknya gunakan payung bagi melindungi kulit terdedah secara terus kepada cahaya matahari dan ketika berada dalam ruangan berhawa dingin sebaiknya memakai baju berlengan panjang.

Pakai pelembap/losyen

Jangan lupa menyapu pelembap/losyen pada kulit yang sering mengalami kekeringan dan pengelupasan seperti tangan dan kaki. Ia berfungsi melindungi kulit dan menjadikan kulit sentiasa lembap sepanjang berpuasa.

Elakkan makanan masin dan kafein

Sepanjang berpuasa, kurangkan atau elakkan makanan masin atau kafein. Ini kerana ia menyerap cecair dalam tubuh sehingga rasa haus akibat kekurangan cecair. Kesannya menyebabkan kulit kering dan kusam.

Elakkan mandi dengan air panas

Mandi menggunakan air panas mempercepatkan pengewapan air pada kulit. Kehilangan lemak

Pada lapisan epidemis kulit sehingga menyebabkan kulit mudah kering. Jadi lebih baik gunakan air sejuk/suhu biasa supaya suhu tubuh terkawal.

Selain itu, anda juga boleh memakan buah-buah yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C. Sekiranya kulit anda terlalu kering jumpa doktor segera untuk rawatan seterusnya.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Cegah Kulit Kering Saat Puasa Dengan Langkah Sederhana Ini https://bidanku.com/cegah-kulit-kering-saat-puasa-dengan-langkah-sederhana-ini Accessed 14 May 2018.

Tips Mencegah Kulit Kering Selama Puasa http://beautynesia.id/6278 Accessed 14 May 2018.

Versi Terbaru

06/02/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Elak Kulit Cepat Berkedut Dengan 7 Produk Anti Penuaan Terbaik Ini!

Pencuci Mekap Sahaja Tidak Cukup! Kena Ikut 3 Langkah Ini Untuk Kulit Bersih & Glowing!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan