Kemudiannya, rambut anda akan melalui fasa telogen dimana rambut anda kekal stabil. Akhir sekali, fasa exogen akan hadir dimana rambut anda akan mulai gugur.
Proses ini adalah satu proses yang berterusan dan adalah normal bagi seseorang untuk mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari.
Untuk pengetahuan anda, stres boleh menjejaskan kitar hayat pertumbuhan rambut anda. Dr. Doris Day menyatakan bahawa stres merupakan faktor yang signifikan yang menyebabkan keguguran rambut dalam kalangan golongan yang lebih muda.
Menurut Dr. Doris, stres boleh mengganggu proses pertumbuhan rambut dengan cara menggugurkan rambut pramatang daripada fasa pertumbuhan. Fasa yang terganggu ini boleh menyebabkan peningkatan jumlah helaian rambut yang gugur dalam sehari.
Orang muda mengalami stres yang lebih tinggi

Persatuan Psikologi Amerika melaporkan bahawa terdapat kajian yang menunjukkan perkaitan antara umur dan stres.
Mereka juga menemui bahawa golongan yang lebih muda ini dilaporkan memiliki tahap stres yang lebih tinggi berbanding generasi yang lebih berusia.
Mereka juga dilihat mempunyai sedikit kesukaran dalam mengatasi sebarang masalah dengan lebih berkesan.
Kesimpulan
Memandangkan penulis masib berada dalam kategori ‘orang muda’, mungkin selepas ini, penulis akan cuba untuk lebih relaks dalam rutin harian agar rambut penulis tidak mudah gugur.
Penulis akan cuba untuk melakukan lebih banyak aktiviti-aktiviti yang boleh memberikan kegembiraan pada diri. Risau juga sekiranya rakan-rakan asyik bertanya kemanakah rambut penulis menghilang.