Asyik tergaru-garu kepala daripada tadi? Mungkin anda perlu mendapatkan shampoo untuk psoriasis kulit kepala yang bersesuaian. Tetapi apakah kandungan yang harus ada dalam syampu itu ya?
Asyik tergaru-garu kepala daripada tadi? Mungkin anda perlu mendapatkan shampoo untuk psoriasis kulit kepala yang bersesuaian. Tetapi apakah kandungan yang harus ada dalam syampu itu ya?

Umumnya, terdapat beberapa bahan penting yang perlu ada untuk syampu psoriasis. Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Masalah scalp psoriasis atau psoriasis kulit kepala adalah gangguan biasa yang boleh menyebabkan pembentukan sel tambahan pada permukaan kulit.
Keadaan ini boleh mengakibatkan bengkak, tompok putih kemerahan pada kulit kepala, muka dan leher. Ia selalunya kering, gatal dan menyakitkan.
Penggunaan syampu merupakan antara cara untuk mengatasi gejala tersebut. Bahkan terdapat banyak jenis syampu untuk psoriasis jenis ini di pasaran.
Jika masalah psoriasis yang dialami teruk, pakar dermatologi mungkin akan memberikan preskripsi syampu lebih kuat untuk anda.
Adalah penting untuk menggunakan syampu yang dikhaskan untuk masalah psoriasis. Ini kerana ia mengandungi bahan khusus berfungsi dengan pantas mengurangkan kegatalan, kerak, bengkak dan kemerahan disebabkan psoriasis.
Cool tar atau tar arang batu adalah cecair hitam dan pekat yang boleh mengurangkan kegatalan jenis psoriasis ini.
Kekerapan penggunaannya bergantung kepada keterukan tahap psoriasis serta kekuatan syampu – sama ada sekerap sehari sekali atau hanya seminggu sekali.
Bahan ini adalah kuat dan ia tidak boleh digunakan kepada bayi. Anda juga perlu menghindari cahaya matahari secara langsung selama 72 jam selepas penggunaannya bagi mengelakkan risiko kerosakan kulit.
Jangan gunakan syampu tar arang batu ini pada bahagian kulit yang dijangkiti, melepuh, luka atau bernanah. Pastikan syampu ini tidak terkena mata anda!
Minyak kelapa bukanlah rawatan yang terbukti untuk psoriasis kulit kepala. Namun ia boleh membantu mengurangkan gejala kegatalan, kekeringan, dan keradangan yang disebabkan oleh keadaan ini.
Minyak kelapa mengandungi lemak sihat yang boleh mengembalikan kelembapan pada kulit dan memperbaiki penampilannya.
Sulfur adalah bahan yang boleh membantu mengelupaskan kerak (scale) yang berkaitan dengan psoriasis kulit kepala. Kesannya ia memudahkan bahan kimia serta kelembapan lain untuk mengakses kulit kepala dan membantu meredakan gejala.
Anda perlu berhati-hati semasa menggunakan syampu ini dan elakkan daripada menggosok atau menggaru kulit kepala kerana ia boleh memburukkan gejala yang dialami.
Clobetasol propionate boleh dijumpai dalam syampu preskripsi. Ia merupakan ramuan steroid topikal yang boleh mengurangkan semua gejala scalp psoriasis termasuk kemerahan, kekeringan dan bengkak.
Ia juga boleh membantu untuk menyingkirkan kerak pada kulit kepala, muka atau leher dengan lebih mudah.

Ada kalanya pembentukan kerak pada kulit kepala boleh menjadi agak tebal. Ini sekali gus menyukarkan bahan rawatan untuk diserap ke dalam kulit dan mengurangkan keberkesanannya.
Namun dengan adanya bahan asid salisilik dalam syampu boleh melembutkan tompok tebal pada kulit, menjadikan rawatan lebih mudah.
Syampu dengan kandungan ketoconazole paling kerap digunakan untuk merawat kelemumur, satu lagi keadaan yang boleh menyebabkan kulit mengelupas pada kulit kepala.
Ia uga dipercayai berkesan dalam mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh psoriasis jenis ini dan boleh mencegah jangkitan.
Alga Blue Lagoon adalah tumbuhan kecil yang tumbuh dalam air laut di Iceland. Berdasarkan penyelidikan, tumbuhan ini dipercayai mempunyai kesan antiradang pada kulit.
Penggunaan syampu dengan alga boleh mengurangkan kemerahan, bengkak dan kerengsaan kesan psoriasis yang dialami.
Zink pyrithione ialah bahan yang biasa ditemui dalam syampu anti kelemumur. Selain dianggap berkesan dalam merawat kelemumur, bahan ini juga dipercayai boleh membantu dalam mengurangkan gejala psoriasis.
Zink pyrithione membantu menormalkan cara sel kulit tumbuh dan berfungsi serta melembapkan kulit kepala. Ini juga boleh mengurangkan pengelupasan dan pembentukan kerak.
Untuk menggunakan syampu untuk scalp psoriasis:
Elakkan menggosok terlalu kuat, menggaru atau mengikis (scrape) kulit kepala semasa menggunakannya atau ketika membilas. Pastikan anda mengikut arahan penggunaan pada botol syampu bagi mendapatkan hasil terbaik!
Kebanyakan syampu adalah selamat untuk kegunaan harian. Tetapi penggunaan secara harian boleh merengsakan kulit dan menjadikannya lebih sensitif kepada cahaya matahari, meningkatkan risiko selaran matahari.
Jika anda mendapati kulit kepala semakin merengsa, kurangkan penggunaan syampu ini kepada dua hari seminggu.

Jika menggunakan syampu preskripsi, dapatkan nasihat doktor tentang kekerapan anda perlu menggunakannya.
Sesetengah individu mendapati bahawa syampu tar arang batu menyebabkan rambut dan kulit kepala berbau kurang menyenangkan. Jika anda tidak menyukai baunya, gunakan syampu biasa selepas menggunakan tar arang batu dan kemudian gunakan perapi.
Selain memperbaiki penampilan kulit, mendapatkan rawatan untuk scalp psoriasis boleh mengurangkan risiko mengalami komplikasi serius.
Berundinglah dengan pakar dermatologi bagi menentukankan shampoo untuk psoriasis kulit kepala atau sebarang rawatan lain yang terbaik buat anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
23/09/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor