Rasanya, ramai sudah sedia maklum jika mereka yang ada kondisi kulit ini perlu jaga makan tetapi banyak lagi pantang larang penyakit psoriasis penderita perlu tahu! Persoalannya, adakah ia hanya tidak boleh menyentuh atau menggaru sahaja?
Rasanya, ramai sudah sedia maklum jika mereka yang ada kondisi kulit ini perlu jaga makan tetapi banyak lagi pantang larang penyakit psoriasis penderita perlu tahu! Persoalannya, adakah ia hanya tidak boleh menyentuh atau menggaru sahaja?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan organ terbesar ini bersisik, bertompok dan disertai oleh gejala lain termasuk kegatalan serta kesakitan.
Kebiasaannya, kondisi ini akan menyerang lapisan kulit paling luar iaitu epidermis namun ia juga boleh merebak ke kawasan tubuh badan yang lain seperti kulit kepala dan kuku kaki atau tangan.
Bukan disebabkan oleh alahan atau jangkitan kulit, kondisi ini diakibatkan gangguan pada sistem imun tubuh badan yang menyerang sel dan tisu pada kulit kerana dianggap akan membahayakan.
Dalam pada itu, psoriasis juga mungkin didalangi oleh beberapa faktor risiko lain seperti berikut:

Sekiranya dibiarkan tanpa mengambil sebarang ubatan dan rawatan, kondisi ini sudah tentu akan melarat sekali gus membuat tahap keyakinan dan kesihatan diri menurun. Jadi, individu yang ada masalah ini perlu tahu pantang larang penyakit psoriasis!
Seperti mana ramai sedia maklum, mereka yang ada masalah sakit kulit psoriasis perlu lebih peka dengan pengambilan makanan dan minuman seharian atau ia boleh menjadi lebih teruk.
Sebagai contoh, anda perlu mencegah daripada mengamalkan diet yang boleh menyebabkan kulit meradang seperti produk tenusu, daging merah serta makanan diproses atau disejukbeku.
Sebaliknya, individu amat disarankan untuk mengamalkan diet sihat dengan pengambilan daging ikan, bijirin, kekacang serta sayur-sayuran dan buah-buahan yang sudah pasti menyihatkan.
Namun jangan fokus pada diet sahaja ya? Ada banyak lagi pantang larang penyakit psoriasis lain:
Pertama dan paling penting, anda perlu mengelak dari menyentuh atau menggaru kulit terutama ketika psoriasis itu meradang. Sebarang kontak yang berat boleh menjadi punca kulit mengalami keradangan dengan tahap kegatalan dan kesakitan kronik.
Sudah tahu tidak boleh menyentuh atau menggaru kulit, apatah lagi untuk membuat tatu? Proses pembuatan tatu itu akan menyebabkan luka pada kulit dan sekali gus meningkatkan risiko alahan atau jangkitan. Kesannya, gejala psoriasis akan lebih teruk.

Cahaya matahari membawa sinaran UV yang memang sudah tentu tidak bagus buat kulit manusia.
Sekiranya kulit terdedah dengan terlalu lama dan kerap, ia boleh menyebabkan gejala psoriasis itu menjadi lebih teruk akibat kulit yang terbakar angkara paparan cahaya daripada matahari itu.
Namun , jangan pula anda terus menghindar sepenuhnya sampai tidak mahu keluar rumah kerana pendedahan cahaya matahari yang optimum boleh membantu meredakan gejala kondisi sama.
Selain cuaca yang panas akibat cahaya matahari, penderita penyakit psoriasis juga perlu mengelak daripada terdedah kepada cuaca yang terlalu kering dan dingin atau gejala akan lebih teruk.
Alasannya, cuaca yang kering dan dingin itu akan mengurangkan atau menghilangkan kelembapan semula jadi pada kulit yang ternyata sangat penting untuk membantu mengawal kondisi ini.

Stres juga adalah salah satu daripada faktor risiko masalah kulit ini berlaku dengan lebih teruk dan juga sebaliknya di mana psoriasis itu akan membuat individu itu tertekan akibat kondisi itu.
Disebabkan itu, tolong jauhkan diri daripada perkara yang boleh mendatangkan tekanan kerana ia bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan kulit dan fizikal malahan kesihatan mental individu.
Akhir sekali, cuba untuk buang segala tabiat buruk yang selama ini anda amalkan dan sudah tentu menghisap rokok atau mengambil alkohol adalah antaranya. Kenapa anda masih mahu teruskan amalan tidak sihat ini sedangkan sudah tahu akibat yang ia bawa?
Konklusinya, anda yang ada sakit kulit psoriasis perlu lebih berwaspada dengan pemakanan serta perbuatan seharian. Untuk tahu lebih lanjut tentangnya, dapatkan informasi dan nasihat doktor.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
23/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor