backup og meta

Memang Pedih Kalau Bisul Tak Pecah-Pecah! Buat 7 Cara Ini Untuk Legakan Rasa Sakit!

Memang Pedih Kalau Bisul Tak Pecah-Pecah! Buat 7 Cara Ini Untuk Legakan Rasa Sakit!

Bisul boleh berlaku disebabkan pelbagai punca. Ada yang berpunca daripada jerawat dan lain-lain lagi. Jika bisul muncul, apakah kaedah terbaik untuk menghilangkannya? Apakah pula cara merawat bisul yang belum pecah? 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa punca sebenar di sebalik masalah kulit ini?

Bisul merupakan sejenis masalah kulit yang boleh dialami oleh hampir setiap orang pada satu ketika, semasa hidup.

Tetapi adakah anda tahu apakah punca yang menyebabkan bisul? Bagaimana pula cara untuk merawatnya? Adakah dengan mengunakan ubat bisul paling mujarab atau ubat bisul di farmasi?

Bisul adalah benjolan kecil berisi nanah yang muncul pada permukaan kulit.

Ia berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria, terutamanya bakteria Staphylococcus aureus.

Bakteria ini masuk ke dalam kulit melalui luka atau kerosakan kecil dan menyebabkan jangkitan.

Antara faktor lain yang menyebabkan berlakunya bisul adalah seperti penurunan sistem imun, penyakit kronik atau geseran berterusan pada kulit.

Jadi, jom kita terus baca artikel ini untuk tahu cara merawat bisul yang belum pecah!

Cara merawat bisul yang belum pecah

cara merawat bisul yang belum pecah
Bisul di bahu.

Bisul yang masih belum pecah sememangnya menyakitkan. Apatah lagi jika tersentuh atau bergeser dengan pakaian anda sendiri.

Oleh sebab itu, anda perlu mengetahui cara untuk menangani masalah ini.

Berikut adalah antara kaedah atau cara merawat bisul yang belum pecah paling berkesan:

  • Penggunaan sabun antibakteria: Bersihkan kawasan kulit yang berbisul dengan sabun antibakteria kerana ia boleh membantu mengurangkan risiko perkembangan jangkitan
  • Guna kompres hangat: Letakkan tuala lembap yang dipanaskan pada bisul selama 20 minit beberapa kali sehari. Ini membantu merangsang aliran darah ke kawasan tersebut dan mempercepatkan proses penyembuhan
  • Elakkan menyentuh atau memicit bisul: Ini penting untuk mengelakkan penyebaran jangkitan atau merosakkan kulit
  • Gunakan antibiotik topikal: Krim atau salap antibiotik boleh diperoleh daripada farmasi. Ia membantu dalam merawat jangkitan penyebab bisul
  • Makan ubat antiradang: Ubat seperti ibuprofen boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan
  • Elakkan memakai pakaian ketat: Pakaian yang ketat boleh mengakibatkan geseran pada bisul dan merosakkan kulit
  • Daun teh: Daun teh mempunyai tannin yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan. Rendam uncang teh dalam air suam, kemudian letakkan uncang teh tersebut pada bisul anda

Cara merawat bisul yang belum pecah: Apa pula rawatan selepas bisul pecah?

cara merawat bisul yang belum pecah
Bisul di muka yang belum pecah.

Selepas bisul pecah, anda perlu bertindak pantas untuk menjaga kebersihan kawasan bisul tersebut.

Cuci bisul yang telah pecah dengan air suam dan sabun antibakteria, dan terus sapukan antibiotik topikal.

Elakkan menyentuh kawasan tersebut dan tukar pembalut dengan lain yang bersih setiap beberapa jam.

Bahayakah jika bisul tidak pecah?

Ya! Jika bisul tidak pecah, ia mungkin menunjukkan tanda-tanda jangkitan yang lebih dalam pada kulit atau kehadiran nanah.

Nanah yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi serius seperti sepsis.

Untuk pengetahuan anda, sepsis adalah keadaan serius yang berlaku apabila sistem imun badan mempunyai tindak balas yang melampau terhadap jangkitan.

kurap
Kurap boleh berjangkit dengan sentuhan.

Tindak balas badan ini boleh menyebabkan kerosakan pada tisu dan organnya sendiri.

Oleh itu, jika anda mempunyai bisul yang membesar dan tidak pecah dalam tempoh yang lama, segeralah berjumpa dengan doktor untuk tahu bagaimana cara hilangkan bisul tanpa mata.

Kesimpulan

Bisul bukan sahaja menyakitkan tetapi juga boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika tidak dirawat dengan betul.

Apabila kita memahami punca dan cara merawat bisul yang belum pecah dengan baik, kita boleh mengambil langkah proaktif untuk menghadapi masalah ini.

Jadi, jaga kebersihan dan jangan abaikan tanda-tanda yang mungkin ditunjukkan oleh kulit anda dari semasa ke semasa. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Boils. https://www.mountsinai.org/health-library/diseases-conditions/boils. Diakses pada November 2, 2023.
  2. How to Treat Boils and Styes. https://www.aad.org/public/everyday-care/injured-skin/treat-boils-styes. Diakses pada November 2, 2023.
  3. Boils and carbuncles. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/boils-and-carbuncles/diagnosis-treatment/drc-20353776. Diakses pada November 2, 2023.
  4. Boils & Carbuncles. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15153-boils-and-carbuncles. Diakses pada November 2, 2023.
  5. Boils and carbuncles: How are boils treated?. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK513136/. Diakses pada November 2, 2023.

Versi Terbaru

09/07/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

7 Punca Badan Naik Bintik-Bintik Merah, Jaga-jaga Dengan Sumber Air Mandian Anda!

Kenapa Badan Selalu Naik Bisul? Ini 6 Punca Bisul Sebenarnya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 09/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan