Anda mudah rasa cemas dan gelisah terutamanya apabila berdepan situasi yang tertekan?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Anda mudah rasa cemas dan gelisah terutamanya apabila berdepan situasi yang tertekan?
Tidak mengapa, terdapat 9 cara mengatasi kegelisahan yang anda perlu cuba.
Kegelisahan adalah 1 perkara normal dalam kehidupan. Ia kesan biasa yang berlaku kepada setiap individu yang hidup di muka bumi ini.
Hakikatnya, kegelisahan yang anda alami itu bukanlah tidak bagus 100%.
Ia sebenarnya membuatkan anda untuk berada dalam keadaan berwaspada, memotivasikan diri untuk lebih bersedia dan membantu anda berdepan dengan sebarang risiko.
Namun, tidak dinafikan adakalanya kegelisahan yang berlebihan boleh menyebabkan kesukaran dalam kehidupan.
Ini bermakna anda perlu bertindak untuk mengawal dan mengatasi keadaan itu.
Tetapi bagaimana?
Jika itu yang bermain di fikiran anda, usah risau. Ini kerana terdapat banyak cara mengatasi kegelisahan yang boleh anda lakukan.
Berikut disenaraikan 7 kaedah untuk anda cuba:
Melakukan aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk mengatasi rasa cemas dan juga tekanan yang anda alami.
Ia mungkin kedengaran pelik, tetapi memberikan tekanan fizikal kepada badan melalui senaman boleh mengurangkan gangguan mental yang dihadapi.
Manfaatnya akan menjadi lebih kuat apabila dilakukan secara berkala.
Malahan individu yang melakukan senaman secara kerap dikatakan kurang mengalami rasa cemas berbanding mereka yang tidak bersenam.
Apa tabiat yang tidak sihat tetapi sering dilakukan?
Antaranya pengambilan minuman beralkohol dan juga merokok.
Jika anda memilih untuk meminum alkohol sebagai cara mengatasi kegelisahan, ia hanya dapat menghilangkan rasa cemas itu untuk tempoh sementara.
Lebih membimbangkan anda mungkin akan mengembangkan masalah kebergantungan kepada alkohol pula.
Merokok adalah 1 pilihan biasa ketika berdepan tekanan, bukan?
Tetapi sama seperti pengambilan alkohol, ia hanya akan memburukkan lagi kegelisahan yang anda alami dari masa ke masa.
Jadi mungkin sudah tiba masanya untuk anda mengurangkan tabiat tidak sihat anda ini bagi membantu mengawal masalah kegelisahan anda.
Penggunaan lilin dengan haruman aroma terapi dapat membantu mengurangkan tekanan dan kegelisahan.
Kajian menunjukkan bahawa aroma terapi dapat memberikan manfaat seperti:
Terdapat beberapa pilihan haruman yang dapat meningkatkan ketenangan dalam diri, antaranya:
Kafein boleh didapati dalam kopi, teh, coklat serta minuman tenaga.
Pengambilannya secara berlebihan boleh meningkatkan rasa cemas dan gelisah.
Jika anda menyedari kafein membuatkan anda berasa gelisah, sebaiknya pertimbangkan untuk mengurangkan pengambilan jumlah kafein harian.
Ini adalah cara mengatasi kegelisahan yang terbaik untuk anda cuba.
Sokongan daripada keluarga dan rakan baik pastinya dapat membantu anda untuk mengatasi masa-masa yang sukar.
Kajian menunjukkan wanita yang meluangkan masa dengan rakan dan anak-anak, akan menghasilkan hormon oxytocin, yang berfungsi untuk melegakan tekanan secara semula jadi.
Pastinya manfaat ini juga dapat dirasai oleh individu lelaki.
Bersama ahli keluarga dan rakan-rakan bergelak ketawa juga dapat mengurangkan tekanan yang dilalui.
Ketawa membantu mengurangkan tindak balas tekanan dan memberikan ketenangan kepada otot.
Untuk jangka masa panjang, ketawa dapat memperbaiki sistem imun dan emosi anda.
Jadi cubalah untuk menonton rancangan televisyen yang lawak atau melayani keletah anak-anak, pastinya dapat membuatkan anda ketawa.
Tekanan kepada mental boleh mengaktifkan sistem saraf simpatetik anda.
Ia akan memberikan isyarat kepada badan untuk berada dalam mood fight or flight – tindak balas melawan atau membiarkan sesuatu perkara itu berlalu.
Dalam tindak balas itu, hormon tekanan akan dilepaskan dan anda akan menghadapi simptom fizikal seperti denyutan jantung laju, pernafasan cepat dan saluran darah tersekat.
Melakukan pernafasan mendalam, yoga atau sebarang kaedah meditasi adalah cara mengatasi kegelisahan yang dapat membantu mengawal tindak balas ini.
Tujuannya adalah untuk memperlahankan kembali denyutan dan pernafasan anda kepada normal.
Apabila anda berada dalam keadaan normal, anda akan berasa lebih tenang.
Anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing mahupun anjing?
Itu bagus, kerana haiwan peliharaan juga dapat membantu mengurangkan tekanan dan memperbaiki emosi anda.
Berinteraksi dengan haiwan peliharaan boleh membantu penghasilan hormon oxytocin – bahan kimia dalam otak yang mempromosikan emosi positif.
Mempunyai haiwan peliharaan dapat menjadikan anda lebih aktif dan boleh dianggap sebagai peneman ketika sunyi.
Tetapi itu tidak bermakna anda perlu membiarkan tekanan menguasai diri anda.
Terdapat pelbagai kaedah dan cara mengatasi kegelisahan serta tekanan yang boleh anda cuba lakukan.
Paling utama, sentiasa menjaga kesihatan diri dan belajar untuk seimbangkan antara kehidupan peribadi dan pekerjaan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen