backup og meta

Lihat, Ini 6 Masalah Kulit Kepala Yang Sering Individu Ada, Kena Ubah Penjagaan Rambut!

Lihat, Ini 6 Masalah Kulit Kepala Yang Sering Individu Ada, Kena Ubah Penjagaan Rambut!

Adakah anda mahu rambut lebih panjang dengan kulit kepala yang lebih sihat? Maka anda mungkin perlu lihat bagaimana merawat masalah kulit kepala ini!

Dermatologi selebriti Clear Scalp & Hair Therapy, Francesca Fusco menerangkan bagaimana untuk mendapatkan rambut cantik yang mempunyai banyak kaitan dengan kulit kepala dan mendedahkan beberapa tips untuk mendapatkan rambut berkilau yang anda inginkan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

#1. Mengambil makanan tambahan boleh bantu pertumbuhan rambut panjang

Mengambil suplemen tambahan dengan vitamin boleh mencapai kepanjangan rambut yang maksimum.

Cari formula yang dibuat untuk rambut, kulit dan kuku yang mengandungi biotin, silika, vitamin B, C, dan E, zat besi serta omega-3.

#2. Masalah kulit kepala – hormon boleh menyebabkan rambut nipis

masalah kulit kepala

Tahap testosteron yang tinggi pada wanita sebenarnya boleh menyebabkan rambut kian menipis.

Namun begitu, penggunaan kontraseptif (pil untuk mencegah kehamilan) boleh membantu masalah keguguran rambut.

Jika rambut anda semakin menipis tanpa ada masalah gugur, ini adalah masa yang tepat untuk anda membuat temujanji dengan dermatologi.

#3. Masalah rambut dipengaruhi oleh pemakanan anda

Jika anda mempunyai kulit kepala kering, cuba tambahkan lebih banyak omega-3 dan minyak ikan ke dalam diet anda.

Ini kerana dengan diet yang mengandungi jumlah protein dan iron yang mencukupi sangat bagus untuk kesihatan rambut yang maksimum.

#4. Masalah kulit kepala – Gatal apabila rambut dicelup 

Ramai orang yang bermasalah kulit kepala tidak tahu isu ini.

Fusco berkongsi bahawa apabila wanita  mencelup (dyed) rambut dan merasa kegatalan, ada kemungkinan mereka mengalami kulit kepala yang kering. 

Selain itu, keadaan ini akan menjadi lebih teruk dari masa ke semasa, yang boleh menyebabkan kelemumur, keradangan, folikel rambut tidak sihat dan mungkin keguguran rambut.

masalah kulit kepala

#5. Kulit kepala memerlukan pengelupasan

Fusco menyarankan mereka yang mempunyai isu kulit kepala ini menggunakan skrub atau menambah beberapa sudu gula dalam syampu supaya dapat membantu sel kulit mati.

Selain itu, guna hujung jari untuk syampu keseluruhan rambut dan elak menggunakan kuku semasa menyental.

Untuk hasil yang terbaik, cuba syampu asid salisilik seminggu sekali.

#6. Menggunakan perapi

Menurut Fusco, ramai wanita tidak suka menggunakan terapi kerana bimbang jika ia boleh menyebabkan liang tersumbat atau rambut menjadi terlalu nipis

Namun fungsinya masih sama seperti kulit wajah yang memerlukan pelembap untuk penghidratan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 REASONS YOUR SCALP ITCHES AND HOW TO GET RELIEF, https://www.aad.org/public/everyday-care/itchy-skin/itch-relief/relieve-scalp-itch, Accessed Feb 2 2021.
  2. Scalp Problems, https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/health-encyclopedia/he.scalp-problems.aa84397, Accessed Feb 2 2021.
  3. Hair and Scalp, https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/find-a-program-or-service/dermatology/hair-and-scalp, Accessed Feb 2 2021.
  4. Types of Hair Loss, https://nyulangone.org/conditions/hair-loss/types, Accessed Feb 2 2021.
  5. Signs of skin and scalp conditions, https://uihc.org/childrens/health-topics/signs-skin-and-scalp-conditions, Accessed Feb 2 2021.

Versi Terbaru

21/02/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ekzema Kepala Punca Kulit Kepala Selalu Gatal, Sampai Boleh Buat Rambut Gugur?

Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 21/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan