backup og meta

Kulit Kepala Ada Tompok Merah? Jangan Dibiarkan! 6 Kondisi Ini Boleh Jadi Punca

Kulit Kepala Ada Tompok Merah? Jangan Dibiarkan! 6 Kondisi Ini Boleh Jadi Punca

Ramai orang mempunyai masalah berkaitan rambut atau kulit kepala. Antara yang sering berlaku merangkumi rambut gugur, rapuh, kulit kepala gatal dan banyak lagi!

Mempunyai isu dengan rambut dan kulit kepala bukan sahaja menjejaskan imej diri, malah boleh menimbulkan rasa tidak selesa, bahkan menyakitkan.

Untuk makluman pembaca, pelbagai jenis kondisi kulit boleh menyebabkan tompok merah di kulit kepala.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkan di sini.

Tompok merah di kulit kepala, apa puncanya?

#1 Psoriasis kulit kepala

Menurut National Psoriasis Foundation, lebih daripada 60% penghidap psoriasis mempunyai psoriasis di kulit kepala.

Psoriasis ini berupaya terbentuk di kulit kepala, garis rambut, belakang leher, dahi, atau kulit di belakang telinga.

Gejala-gejala psoriasis di kulit kepala termasuklah:

Selain itu, faktor suhu yang sejuk, udara kering, dan stres turut boleh memicu psoriasis kulit kepala.

#2 Kurap

Kurap adalah jangkitan kulat yang boleh terjadi di mana-mana sahaja bahagian badan.

Bentuk fizikalnya pula bergantung pada lokasinya di badan. Kurap pada kulit kepala boleh mengakibatkan:

  • Kulit kepala gatal teruk
  • Tompokan botak yang bersisik
  • Titik-titik hitam di kulit kepala
  • Luka terbuka berserta nanah
  • Benjolan yang meradang
  • Pembengkakan nodus limfa

#3 Masalah kutu

kulit kepala gatal

Kutu kepala adalah sejenis serangga kecil, berwarna kelabu atau coklat yang membiak di kulit kepala.

Makhluk kecil ini boleh membiak dengan jayanya pada sesiapa sahaja, tanpa mengambil kira kepanjangan rambut.

Anda berupaya dijangkiti kutu melalui kontak rapat, sama ada melalui perkongsian bantal, sikat rambut, topi dan sebagainya.

Mari kenal pasti simptom-simptom dijangkiti kutu rambut untuk elakkan kulit kepala gatal, iaitu:

#4 Jerawat

Macam yang biasa kita dengar, jerawat boleh tumbuh di muka, leher, dada, belakang badan, bahu dan punggung, kan?

Namun, tahukah anda, jerawat juga boleh tumbuh di kulit kepala dan menyebabkan kulit kepala gatal?

Jika diikutkan, punca sebenar jerawat masih tidak diketahui, tetapi para pakar percaya, perubahan tahap hormon, pengambilan ubatan tertentu, solekan, dan faktor keturunan mungkin memainkan peranan.

Jerawat boleh muncul dalam pelbagai bentuk, seperti:

  • Whiteheads: Jerawat yang berada di bawah permukaan kulit
  • Bintik hitam: Jerawat yang muncul di permukaan kulit dan kelihatan kehitaman
  • Papula: Berwarna merah jambu, atau lebam
  • Jerawat nanah: Jerawat berwarna merah dan mengandungi nanah
  • Nodul: Besar, padat, dan menyakitkan saat disentuh

#5 Folliculitis

Folliculitis adalah jangkitan kulit yang mempengaruhi folikel rambut. Ia juga boleh berlaku di mana-mana bahagian badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki.

Fizikalnya, sama saja seperti jerawat. Bintiknya pula mungkin mempunyai bentuk ‘cincin’ kemerahan di sekitarnya.

Ini diakibatkan oleh kerosakan pada folikel rambut, yang membolehkan kuman untuk masuk dan mencetuskan jangkitan.

Kerosakan folikel rambut boleh berlaku jika seseorang menggosok atau menyentuh kulitnya dengan kerap, memakai pakaian/topi ketat, sering bercukur atau akibat geseran kulit dan pakaian.

Kadangkala, folikulitis boleh menyebabkan rasa sakit atau kulit kepala gatal, di samping pembentukan bintik-bintik halus pada kulit.

#6 Dermatitis seborrheic

Kondisi ini adalah sejenis ekzema yang kelihatan serupa dengan psoriasis.

Mereka yang menderita kondisi ini sering mengalami tompok-tompok merah yang kering, bersisik dan berminyak pada kulit kepala.

Pada golongan remaja dan dewasa, dermatitis seborrheic boleh terbentuk apabila kulit kepala menghasilkan minyak secara berlebihan.

Tidak hanya terhad di kulit kepala, ia turut berpotensi terbentuk sekitar hidung, kening, dan dada.

Pilihan rawatan yang boleh dicuba

Harus kalian faham, bukan semua kondisi berkaitan kulit kepala gatal dapat disembuhkan.

Pun begitu, beberapa jenis rawatan berkesan dalam menangani dan menguruskan gejala dialami.

Rawatan perubatan mengikut punca yang dikenal pasti:

kulit kepala gatal

  1. Jerawat: Masalah jerawat yang timbul di kulit kepala boleh dirawat menggunakan syampu berasaskan ubat. Syampu sebegini juga dikatakan berkesan terhadap psoriasis kulit kepala, dermatitis seborrheic, jangkitan bakteria dan kulat pada kulit kepala.
  2. Psoriasis kulit kepala: Anda boleh menggunakan krim steroid topikal untuk merawat psoriasis ini. Fototerapi, yang menggunakan cahaya UV untuk memperlambat pertumbuhan sel kulit, juga dapat membaik pulih gejala.
  3. Dermatitis seborrheic: Untuk merawat dermatitis seborrheic, minyak mineral atau jeli petroleum disediakan untuk bayi, manakala orang dewasa boleh menggunakan krim anti kulat dan syampu ubat. Dalam kes yang teruk, doktor mungkin akan mempreskripsikan kortikosteroid topikal, malah krim bukan steroid juga tersedia.

Rawatan rumah

Dermatitis seborrheic boleh diuruskan hanya di rumah dengan mencuci dan melembapkan kulit secara berkala, menggunakan pembersih berasaskan zink yang lembut.

Untuk merawat masalah kutu kepala, anda juga boleh menggunakan produk khas racun (untuk rambut) dalam bentuk gel, losyen, atau semburan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Seborrheic dermatitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/seborrheic-dermatitis/symptoms-causes/syc-20352710. Accessed on March 18, 2021.

Scalp Problems. https://www.uofmhealth.org/health-library/aa84397. Accessed on March 18, 2021.

ACNE-LIKE BREAKOUTS COULD BE FOLLICULITIS. https://www.aad.org/public/diseases/a-z/folliculitis. Accessed on March 18, 2021.

Head lice. https://www.bad.org.uk/pils/head-lice/. Accessed on March 18, 2021.

Scalp Psoriasis. https://www.psoriasis.org/scalp/. Accessed on March 18, 2021.

Versi Terbaru

24/07/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Perkara Penderita Rambut Gugur Boleh Cuba! Tapi, Kena Tahu Punca Dulu?

Nak Lawan Penyakit Kulit Psoriasis, Mudah Sahaja! Kuatkan Sistem Imun Badan Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 24/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan